Monday, October 19, 2015

Resepi Cendawan


Cendawan Goreng Kilas

Hai readers, hari ni saya kongsikan bagaimana caranya survival bujang trang tang tang masak cendawan. Trademark, simple mudah sihat dan jimat. Yang penting sedap


Bahan-Bahannya adalah;

1. 2 ulas bawang putih
2. 2 ulas bawang merah
3. Halia seinci
4. Cili hijau 5 biji (sbb suke pedas)
5. Sos tiram satu sudu makan
6. Separuh paket cendawan
7. Garam sebagai perasa
9. 2 sudu makan minyak masak
10. Sedikit bawang besar untuk dressing saje
11. Sedikit air


Prefer cendawan macam ini. Carik carik dengan tangan kemudian rendam sebentar dengan air garam. Maybe ada racun, boleh neutralkan


Panaskan minyak sebentar dan tumiskan bawang putih, merah, halia dan cili. Biarkan sehingga bawang keperangan. 


Kemudian masukkan sedikit air dan masukkan sos tiram. Masa ni letakkan garam dan stage ni penting untuk menenukan keenakan masakan cendawan kita ni


Selepas semua rasa dah ada dan seperti yang diingini, masukkan cemdawan. Jangan tambah air kerana air daripada cendawan akan keluar


Kacau sebati bertujuan untuk mengelakkan masakan kita hangit dan rasa pahit nanti.


Dressingkan masakan dengan bawang besar dan sedikit cili. Tujuan mencantikkan masakan sahaja. Nampak hijau hijau sikit.


Agak kuah sudah kering sedikit, turup api untuk hwntikan daripada cendawan terus masak. Nanti kalau terlampau lama masak, tak sedap


Then, siaplah masakan bujang iaitu patin masak sambal hijau dan cendawan goreng kilas. Ready to bawak pergi kerja. Tapau jela, puas hati sikit makan masakan sendiri

-Selamat Mencuba-

Patin Masak Sambal Hijau


Resepi Bujang Patin Masak Sambal Hijau

Halllo bujang or yang dah berfamily or sape sape la yang membaca entry untuk kali ni. Mari lihat cara saya masak sambal hijau guna ikan patin. Petua bujang, jimat, sihat, sedap dan mantap!!! HAHAHA


Sebelum saya sediakan bahan bahannye, saya goremgikan ikan terlebih dahulu. Sorang makan so ikan pon just seketul jela


Bahan-Bahannya adalah seperti berikut;

1. Ikan patin yang telah digoreng
2. Cili hijau 10 biji
3. Bawang merah 3 ulas
4. Bawang putih 3 ulas
5. Sedikit halia (untuk hilangkan bau ikan nanti)
6. 2 sudu minyak masak
7. Garam dan gula untuk perasakannya
8. Sedikit asam jawa


Okay, masukkan bawang putih, bawang merah, halia, cili, dan asam jawa. Kisarkan dengn sedikit air.


Panaskan minyak dan tuangkan bahan yang dikisar kedalam kuali. Tumiskan sehingga naik minyak. Ini untuk memastikan bahan bahan tersebut masak dengan elok


See, saya pon tak tahu warna hijau jadi brown pulak. Hehe. Macam ni la naik minyak. Sambal ni dah masak la


Kemudian masukkan sedikit air. Ikut suka jumlah kuah. Kalau nak kuah banyak, tambah air banyak sikit


Perasakan dengan garam dan gula. Stage ni penting kerana ianya kan menentukan enaknya masakan kita nanti


So, lepas rasa cam dah ikut citarasa kita, masukkan ikan yang telah digoreng. Seriously sedap.. Patin kann


So, stir selalu untuk elakkan masakan hangit dan ikan tadi masak dan ahan bahan serap ke dalam ikan.


Seleas 5 minit, tutup api dan siap untuk dihidangkan. Elok makan dengan nasi da sesikit sayur.


Saya bawak bekal pergi kerja, ikan patin dan cedawan goreng kilas. Senang sangat la nak masak cendawan tu. Next entry saya kongsikan cara masak cendawan tu. 

-Selamat Mencuba-

Sayur Sawi Goreng


Sayur Sawi Goreng Bujang

Hai readers expecially yang bujang trang tang tang seperti saya, jom  lihat macam mana cara masak sayur sawi goreng. Ingat matkamat bujang, simple, jimat, murah dan sihat.


Bahan-Bahannya adalah sepertuli berikut;

1. 2 pokok sawi (asingkn antara daun dan batang)
2. 2 ulas bawang merah
3. 2 ulas bawang putih
4. Sedikit halia
5. 5 biji cili
6. Satu sudu sos tiram
7. Gula dan garam untuk perasakannya


First sekali, panaskan satu sudu makan minyak masak untuk menumis. Bila panas minyak, masukkan bawang putih bawang merah, halia, dan cili


Selepas bawang nampak keperangan, masukkan batang sawi untuk melembutkan batang sawindan lembut untuk dimakan


Masukkan sedikit air, kemudian masukkan sos tiram. Kacau sebati selama beberapa minit


Masukkan perasa garam, gula dan pastikan ianya hampir sama dengan gamnar di atas. Hehe


Selepas rasa semua dah okey, masukkan daun sawi. Tips, sawi tu kalau bolih rendam dengan garam dulu. Nak neutralkan racun dulu


Kacau kacau sikit dan pastikan sayur sawi anda sebijik macam gambar di atas


Jangan masak lama lama daun sawi tersebut kerana khasiat sayur akan hilang. Yummy


Bujang, goreng telur mata jela, jimat sikit. Bukak laptop and pasang mouvie. Mantap.. Savinggg bohh

-Selamat Mencuba-

Friday, October 16, 2015

Resepi Kacang Panggang


Resepi Kancang Panggang

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers, hari ini saya akan kongsikan bagaimana si bujang trang tang tang memasak kacang panggang. Ok, let's cook. Nanti jap, kacang panggang ni bagus kaau makan, banyak khasiat. Kaau tak percaya, google la. 


Bahan-Bahannya adalah seperti berikut;

1. Satu tin kacang panggang
2. 3 biji telur
3. Bawang merah 2 biji
4. Bawang putih 3 ulas
5. Setengah kiub pati ayam knorr
6. 2 sudu sos cili
7. 4 sudu sos tomato
8. Garam dan gula untuk perasa
9. Cili 6 biji
10. Dan minyak untuk menggoreng


Mula mula sekali, panas minyak untuk menumis. Isi dalam 3 sudu makan


Tumiskan bawang putih dan merahbserta cili yang telah dipotong


Kemudian pecahkan telur. Hancurkan telur tersebut dn pastikan ianya masak


Dan seterusnya masukkan satu tin kacang panggang beserta iarnya sekali. Kemudian tambahkan air masak suku tin tersebut ke dalam kuali


Tunggu sehingga mendidih dan sentiasa kacau kerana tidak mahu ianya hangit dan berkerak


Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. Lepas itu masukkan gula, garam, kiub ayam. Ahagian ni oenting untuk mengukur keenakan kacang goreng tersebut.


Kacau selama beberapa minit untuk pastikan semua bahan tersebut sebati. * tips : kalau cair kuahnya, tambahkan sedikit tepung jagung. Tapi gambar kat atas ni dah siap dan sedia untuk dihidangkan


Macam biasa, saya panaskan nasi bersama oat dan tuangkan kacang panggang tadi ke atas nasi. Macam ni pon sedap dan healthy. 

-Selamat Mencuba-

Thursday, October 15, 2015

Maggie Goreng


Maggie Goreng Bujang Style

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harini saya akan kongsikan resepi macam mana saya masak maggie goreng. Rencah buat sendiri tu..


First of all, kalau nk prepare bahan bahan untuk masak maggie goreng ni, rebuskan dulu maggie tu. Saya beli maggie kosong je sebab rencah kan nak buat sendiri


Lepas rebus maggie tu, toskan supaya memgelakkan maggie tu terus menerus kembang


Bahan-bahannya adalah;

1. 2 keping maggie
2. 2 biji telur
3. Satu pokok sayur sawi
4. Bawang merah 2 ulas
5. Bawang merah satu buji
6. Cili 6 biji
7. Separuh kiub pati ayam knoor
8. Satu sudu makan sos black paper
9. 2 sudu makan kicap cair
10. Satu sudu makan sos tiram
11. 3 sudu cili giling (homemade)
12. 3 Sudu makan sos cili dan sos tomato
13. Gula putih, garam dan satu sudu teh gula merah untuk bahan perasa


Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawmg merah dan cili sehingga kekuningan


Kemudiannya, pecahkanntepur ke dalam kuali. Dan biarkan sebentar sebelum menhancurkannya


Hancurkan telur tu sampai nmpak jadi macam ni. Ni jugak untuk pastikan telur tu betul betul masak


Kemudian masukkan cili giling dan kacau untuk elakkan daripada ianya hangit. Nanti hangit, pahit jadinya


Masukkan batang sawi dahulu kerana ianya ambil masa lama sikit untuk lembut dan sedap dimakan


Masukkan sedikit air


Pastikan sambal tu pecah minyak. Pastikan pecah minyak sebab kita kena pastikan cili giling tu masak


Lepas pecah minyak, masukkan kicap, sos tiram, sos tomato, sos cili, garam, gula merah, gula pasir, kiub pati ayam knorrdan sedikit air.  Masa ni penting untuk pastikan keenakan maggie goreng kita


Lepas masukkan semua tu, masak sebentar. Dalam 3 minit untuk astikan semua bahan sebati


Kemudian masukkan maggie yang telah ditoskan pada awal awal step tadi lagi. Saya buah basah2 sikit.


Then kacau kacau untuk sebatikan pula dengan maggie. Jangan guna api kuat kalau tak nak maggie tu hangus


Lepas maggie tu seakan akan sebati dengan maggie tu, masukkan pula daun sawi. Sawi bagus untuk badan..betol k? Hehe


Then kacau2 lagi dalam 5 minit dan boleh dah tutup api dan ambil pinggan untuk dihidangkan


Jeng jeng jeng, dah siap maggie goreng bujang style. Sambal telur ada lagi dan tambah pula cili jeruk. Matapp!!

*kalau ada yang tanya kenapa tak masukkan ayam sotong udang dalam ni. Jawapan saya senang je, name pon bujang. Susah la nak pegi beli bahan bahan basah. Kalau kat kampung, semua bahan basah ada dalam peti. Dan bila isikan benda tu semua, maggie goreng akan jagi lebih lebih sedap. Trust me

-Selamat Mencuba-