Friday, August 17, 2012

Pernah Tengok x NASI AMBENG...????


Kalau ada yang tak pernah tengok or lihat or see, ini la Nasi Ambeng.. Kalau korang tengok dengan teliti, ad  

nasi putih;

kari ayam;

ikan masin;

serunding;

mihun goreng;

kacang goreng;

  
Semua jenis makanan ni akan diletakkan dalam satu dulang dan akan dimakan oleh 5 orang sahaja.

(kalau kaki 2 xde mungkin gambar 2 akan menjadi lebih menyelerakan aku rase)


Haaaa.... projek melantok (makan) pon bermula..YEHAAAA......!!!!!
 


Antara askar2 yang dapat melangsaikan apa yang diperkatakan sebagai "Nasi Ambeng"

(kalau tadi aku cakap hidangan untuk 5 orang, ni 4 je kan....inilah ASKAR MAKAN..huhu)


Then, inilah yang akan terjadi kalau sedap sangat nasi ambeng tu....Mantoppp!!!



Ni antara hidangan nasi ambeng yang lain. ianya bergantung kepada cara orang 2 nak jamu kita yang tahu datang nak makan jew...

mase ni ade;

nasi putih;

bihun goreng;

ikan masin;

dan kari ayam;


 Bagi aku la, walau macam mana pun cara nasi ambeng itu dihidangkan, ianya akan menjadi enak kerana kita akan makan secara beramai ramai dan berkongsi. Selain itu, kita juga dapat mengamalkan Sunnah Nabi..Dapat pahale ape. 2 la, bukan susah pun nak buwat pahale kann..huhu





Jaga2!!! Hadis Palsu Yang Telah Dikenalpasti Mengenai Fadhilat Solat Taraweh..




Kadang- kadang kita boleh tersilap tentang maklumat yang kita terima seperti yang selalu diperkatakan mengenai fadhilat atau pahala yang akan diterima apabila mengerjakan solat taraweh di bulan Ramadhan. Sekiranya kita berasa ragu-ragu mengenai sesuatu maklumat tersebut yang berkaitan dengan agama, kita haruslah merujuk kepada golongan yang lebih arif mengenainya supaya apa yang akan kita akan sentiasa berada di landasan yang benar.

Hadis hadis yang telah dikenalpasti palsu mengenai fadhilat solat taraweh;



Yang pertama;

Dikatakan bahawasanya pada malam pertama ramadhan, kepada mereka yang mengerjakan solat taraweh akan diampunkan segala dosanya sepertimana ia baru dilahirkan

Yang kedua;

Dikatakan apabila mengerjakan solat taraweh pada malam ke empat ramadham akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Yang ketiga;

Apabila mengejakan solat taraweh pada malam keenam ramadhan, Allah akan mengurniakan  pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Yang keempat;

Manakala pada malam ke tujuh ramadhan pula seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

Yang kelima;
 
Mengerjakan solat taraweh pada malam kelapan ramadhan pula, Allah akan mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

Yang ketujuh;

DInyatakan juga pada malam kesembilan ramadhan, Allah akan kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..

Apa yang saya kongsikan adalah daripada website Mufti
 Negeri Terengganu dan insyaaallah sumbernya boleh dipercayai.
 
Jadi, apa2 sahaja yang kita perolehi, perlulah kita untuk mengenalpasti sumbernya