Thursday, January 23, 2014

Apa Yang Menarik Kat Shah Alam ( Pasar Malam Ditutup Waktu Maghrib "Respek!!" )


Pasar Malam Padang Jawa Ditutup Sementara
 (Masa : 20 Minit)



Sebagai salah seorang yang menetap sementara di Shah Alam ni, aku suka cara pengurusan pihak yang menganjurkan pasar malam kat kawasan ni.. Bukan apa, banyak banyak pasar malam yang aku kunjungi, xde lagi yang berjaya untuk menerapkan cara sebegini. Bukan kita nak salahkan peniaga yang berniaga pada time maghrib, tapi salah para pelanggan juga sebab x reti base k nak membeli time lpas maghrib2..hehe

Kalau la nak ikot pengalaman aku pergi membeli belah kat sana, peniaga peniaga paham kalau time maghrib diorang tak akan menjual walaupun kita "bodek" @ pujuk..hhehe..sebabnya aku pernah membodek, tp x dpat nak beli... Dalam mase 20 minit 2, akan ada pengawal Rela yang akan berkawal di kedua dua pintu masuk pasar ini dan memerhati samada ada mahupun tidak peniaga yang melanggae peraturan yang telah ditetapkan.. Apa apa pun, kita RESPEK pengurusan cenggini.. Kan lebih afdhal..


SEDIA BERKHIDMAT UNTUK PADANG JAWA


Apa Yang Menarik Kat Chini ( Rumah "Homestay" Untuk Disewa )


RUMAH TAMU... ANDA DIPERSILAKAN :)


Sedang bersiar siar di kampung ku yang indah permai ini iaitu Chini Pekan Pahang Darul Makmur, ternampaklah pulak iklan homestay.. Dalam aku duk suvey2, harga yang ditawarkan agaklah berpatutan, boleh nego lagi..huhu.. Dalam pemerhatian aku, homestay ni fully furnished dan die punye owner agak peramah dan amat menitikberatkan para pelanggannya. Kalau hampa x caya, cuba la p try sewa..huhu


Antara kelengakapan yang disediakan adalah seperti yang berikut, ini pun berdasarkan pemerhatian aku la..

1.  3 bilik tidur
2.  2 bilik air
3.  Ruang tamu yang luas
4.  Tambahan juga disediakan bagi jumlah tetamu seperti;

i.  Toto
ii.  Bantal
iii.  Selimut


Kalau ada yang berminat untuk menginap, boleh lah membuat tempahan awal kerana selalunya full booked. Actualy, paling laris tempahan adalah pada hari cuti umum kerana masa ni banyak kenduri kendara dalam area Chini ni.. Tempahan bolehlah dilakukan pada nombor yang telah diberikan. 

Sedia Berkhidmat Untuk Chini Tercinta...