Sunday, May 25, 2014

Monday, February 17, 2014

Pajeri Nenas (Resepi Bujang)


SAPA KATA ORANG BUJANG TAK PANDAI MASAK, MARI AKU BUKTIKAN!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers, Hari ini aku rasa bertuah kerana dapat berkongsi resepi bujang iaitu Pajeri Nenas. Kepada yang bujang, mari kita buktikan yang kita pon pro masak ni..haha

Ni adalah main ingredients dalam membuat pajeri nenas. Yang best sekali, bila kita tanam sendiri nenas, lagi manis rasanya bila kita masak pajeri nenas. so bila kita bersahabat dengan tanah, ini lah hasilnya. 

Okey, kupas kupas dulu nenas ni. Orang kata buang mata dia dulu, sebab nanti bila makan tidak la gatal gatal dalam mulut tu. Banyak cara sebenarnya nak mengupas nenas. Bagi aku la, ini teknik yang dapat menjimatkan isi nenas daripada dibuang. 


Then, potong potong nenas tu ikut kehendak kita. Kalau ratah pon sedap sebenarnya. Sempat jugak la aku ratah nenas ni sebelum memasaknya. Manis sangat sebab fresh lagi kan, baru petik dari pokok.

 AYAT RAHSIA BUJANG, SILA BACA
Okey, korang dah baca kan ayat yang aku share kat atas tu. Ini la resepi rahsia bujang untuk aku menyiapkan pajeri nenas hanya dalam masa serendah 3 saat.. HEHE

Okey, siap pajeri nenas kita resepi bujang..hehe.. Sila mencuba.. Jangan marah na. Sebenarnya mak aku yang masak. Pastu aku pegi lepak lepak then aku balik je rumah tengok dah siap pajeri tu. Aku kupas je nenas tu. hehe.. Mari makan..


KAMI BUJANG DAN KAMI BOLEH MASAK SEPERTI SEORANG PRO



Wednesday, February 12, 2014

Sup Ayam Resepi Bujang ( Kos under RM5.00)


RESEPI YANG MUDAH, MENJIMATKAN DAN YANG PALING PENTING, IANYA CEPAT UNTUK DISIAPKAN....TRUST ME


                                  BAHAN BAHAN; (tiga orang makan)

Ayam (prefer bahagian dada)
Bawang putih dan bawang merah
Halia
Ikan bilis (20 ekor)
Bebola ikan
Sup bunjut ( satu sahaja )
Daun sup dan daun bawang

CARA MEMASAK;

Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia.
Setelah keperangan, masukkan 7 cawan air dan tunggu sehingga air betul betul mendidih.
Kemudian masukkan sup bunjut dan ikan bilis seterusnya biarkan 3 minit.
Selepas itu, masukkan isi ayam yang telah dipotong dadu dan
Masukkan bebola ikan;
Perisakan sup dengan garam dan gula. Biarlah ianya secukup rasa
Taburkan daun bawang dan daun sup sebelum menjamu selera
Kemudian siap untuk dimakan..


TIPS;

Sup ni boleh juga kalau nak dimakan dengan bihun dan juga bubur nasi.. Kalau rajin lebih sikit, boleh la cuba buwat. 


BERKHIDMAT UNTUK PERUT LAPAR BUJANG SEDUNIA



Singapore City Gallery



KALAU NAK TAU SEMUA PASAL NEGARA MAJU NI, DATANG LA SINI..

Hai readers. Aku mahu kongsikan apa yang dapat masa aku masuk kat tempat ini. Memang seronok kerana banyak benda yang dapat menarik minat kita untuk dilihat.

Apa yang dapat aku bagitaw, kalau korang nak tahu macam mana diorang dapat develop Singapura menjadi sebuah tempat yang maju, korang boleh datang sendiri.

Kat sini, diorang ada bagitaw macam mana diorang dapat seimbangkan pembangunan dan bagaimana seriusnya diorang dalam perkara perkara sebegini

Kalau korang tengok gambar kat atas tu, diorang ada bangunkan model pembangunan Singapura terus. Bukan apa, dari sini kita dapat lihat secara terus bagaimana gambaran apabila projek pembanguan pada masa hadapan

Ini antara maklumat maklumat yang mereka paparkan kepada umum. Maklumat ni la yang kita harus ambil supaya kita dapat aplikasikannya di negara kita.

Tengok la, mase aku pergi sini, ada dua model pembanguan Singapura yang diorang buwat. Satu berdekatan dengan pintu masuk dan satu lagi model dekat dalam bangunan. Model yang kat dalam bangunan lebih spesifik dan lebih cantik.


BERKHIDMAT UNTUK PEMBANGUNAN NEGARAKU MALAYSIA PADA MASA HADAPAN

Thursday, February 6, 2014

Kalau Rasa Nak Sambung Belajar..Teruskann



HAMPA TERINGIN NAK SAMBUNG BELAJAR, TERUSKAN NIAT ANDA DAN JANGAN RAGU RAGU

Banyak pengalaman yang korang akan dapat kalau korang sambung belajar ke peringkat yang seterusnya. Persahabatan adalah antara salah satu yang korang akan dapat kalau korang sambung belajar. So, harini aku akan cerita kebaikan kalau korang sambung belajar daripada aspek persahabatan.

 Kami ni pelajar Town Planning dekat UiTM Shah Alam. So mase ni kami ade site visit dekat johor. Kalau tidak silap masa ni kami tengah lakukan kajian terhadap Iskandar Malaysia..huhu

 Antara kesamarataan mereka mereka semua ni, mereka sangat suka bergambar. Tak macam aku, kalau di ajak bergambar, terus je lari..huhu

Setiap semester yang korang akan tempuhi, korang tempuhilah bersama. Bukan apa, inilah aspek yang akan mengukuhkan lagi tali persaudaraan antara korang dan kawan kawan korang.

 Percayalah, kalau korang pandai jaga kawan kawan korang mase belajar, korang takkan rasa keseorangan. So korang tak la pergi makan sorang sorang, beli barang sorang sorang dan berjalan sorang sorang..huhu

Kalau korang bersatu dalam satu kalompok yang besar, pensyarah pon akan suka. Tengok la, pensyarah pon nak bergambar sekali..huhu

 Tengok, kalau juru photo cakap aksi apa harus dibuat, mereka dengan sendirinya akan melakukannya. Almaklumlah, mereka ni pantang kalau nampak orang nak tangkap gambar..

So, persabatan yang korang harus jaga masa belajar nanti. Kalau dah bersahabat, jangan pula khianatinya. So, lepas habis belajar, harap harap persabatan kami tidak akan terputus..huhu. Selamat Bersahabat Semua.


HARI PERSAHABATAN SEDUNIA



Wednesday, February 5, 2014

Apa Yang Menarik Kat Singapura ( Buleh Pergi Tengok MERLION)



KORANG TAU TAK MACAM MANA RUPA MERLION ?? KALAU NAK TENGOK, MAI SINI LEKAS...

 Say yaww to all my readers... Hari ini aku nak cerita sikit pasal Singapura. kot kot la dapat bantu korang pergi tempat tempat menarik kat Singapura ni. Aku nak kasi tahu, kalau orang selalu cakap yang Singapura sebagai Kota Singa

 Seperti gambar di atas, sedikit translation akan aku lakaukan..hehe Merlion ni di bina sebagai simbol welcoming pengunjung ke Singapura. Mase aku pi sane, Merlion ni adalah gabungan kepada dua jenis haiwan iaitu Mermaid dan Lion. Korang plak jangan tanya kenapa dua ekor binatang itu digabungkan...hehe

 Aku rase la, Mermelion ni duduk dalam air selepas kacukan berlaku. Almaklumlah, tak kan nak duk atas darat kalau ada pancutan air dekat mulut Mermelion ni kan. Ni adalah antara mini Mermelion yang dibangunkan disini.

 Ini la Mermelion dalam saiz XXXXXXL..hehe. besar kan. Aku nak komen sikit la, tempat ni perlukan penyelenggaraan sedikit la. Almaklumlah, tempat tarikan pelancong kan. Kene la jaga bersih bersih. 

 Kalau korang datang kat sini jugak, korang dapat la tengok Marina Bay yang indah dan mewah dan mahal..hhe. Marina Bay ni unik sebab ada kapal kat atas..hehe

 Gambar ni saje je aku uploadkan sebab nak buktikan bahawa kalau korang datang dekat Mermelion ni, korang dapat tengok Marina Bay. Tapi dari jauh jela..hehe.. Nampak tak tiga orang model tak bertauliah sedang pose..haha

 Bagi gambar ni aku saje nak buktikan bahawa tempat ni tak putus putus mendapat kunjungan pengunjung daripada dalam dan luar negara Singapore ni. Kalau korang tengok background tempat ni, cantik kan susunan bangunan bangunan. Indah jew

Ini antara group semasa kami travel dekat Singapura. Almaklumlah, kami ni kan tourist, semua benda kat Singapura ni kami hampir pergi la..huhu

 Sekali lagi aku uploadkan gambar Mermelion. Bukan apa, memang post aku kali ni pasal Mermelion, so banyak la gambar Mermelion kan. Tapi kan, kalau korang datang sendiri ianya lagi cantik la..

So, ini la gambar terakhir kami sebelum kami beredar daripada kawasan ni. Korang boleh la ambil contoh posing camni kalau korang dah sampai kat sini..hehe


SEDIA BERKHIDMAT UNTUK MERMELION..HEHE

Tuesday, February 4, 2014

Apa Yang Menarik Kat Bukit Broga ( Hampa Buleh Tengok Matahari Terbit Yaww)


SUKA CABARAN !! TAK PERNAH TENGOK MATAHARI TERBIT !SUKA MENDAKI !! HAMPA MAI DATANG SINI CEPAT..


Assalamualaikum dan selamat sejahtera aku ucapkan pada readers. Kalaulah korang rasa nak beridah, korang boleh la datang dekat Bukit Broga. Bagi aku la, lepas datang sini, rasa cam nak datang lagi je. Bagi orang Selangor, diorang mesti da biasa dengar pasal Bukit Broga. Almaklumlah, Bukit Broga ni memang la kat Selangor pon.hehe


Tapi ini cerita aku semasa mendaki. Aku syorkan, kalau la korang datang sini, baik korang datang dalam kumpulan. So, ni la antara geng geng mendaki aku. Penat sangat study, kami pon decide nak hilangkan stress dengan pi mendaki..huhu. Mase ni kami gerak dalam pukul 2 pagi daripada Shah Alam.. Orang kata, kalu nak datang Bukit Broga, baik datang sebelum subuh dan mendaki sebelum subuh.. 


Okey, sampai lah kami kat Bukit Broga ni. Tengok pada gambar, kami dah pun mendaki. Mase ni subuh lagi dan mase ni matahari tak terbit lagi. So, sempat nak daki ke puncak bukit untuk lihat matahari terbit. Mase ni rehat sekejap, penat sangat gamoknye. Mase ni kami tak bawak ape ape, means makanan dan minuman langsung takde...sedeyy


Mengikut gambar di atas, mereka adalah geng geng mendaki aku, mereka jugak merangkap kepada model gambar simpanan aku..huhu..Bukan nak tipu, tapi pemandangan kat atas ni memang cantilk. Kalau tak percaya, mari mendaki dan tengok sendiri..huhu


Antara photo shoot yang sempat dilakukan..hehe Mereka mereka ni kawan belajar aku. Aku rase la, kalau nak gambar pengantin pon boleh. Tapi, masak dan ketiak basah la pengantin nak naik sampai ke sini..hehehe


Semakin banyak gambar, semakin banyak la model yang paparkan..hehe.. Kalau korang tengok kat gambar tu, itulah sedikit cabaran yang korang akan hadapi semasa melakukan pendakian. Satu lagi aku nak cakap, kalau suka udara segar, mai sini,. Sebab segar adalah kerana kawasan hijau sini tersangatlah banyak..



Oleh hal yang demikian, ini adalah antara gambar gambar yang menjadi pilihan aku untuk dipaparkan kepada umum. Bagi aku, ini antara gambar yang mampu menunjukkan keindahan yang akan korang dapat bila mendaki Bukit Broga ni. Keindahan alam semulajadi kadang kala tidak dapat diterjemahkan dalam gambar, so baik datang untuk alaminya sendiri..huhu


SEDIA BERKHIDMAT UNTUK BUKIT BROGA


Thursday, January 30, 2014

Apa Yang Menarik Kat Tasik Chini ( Macam Macam Adooo )



KALAU NAK TAU LAGENDA NAGA TU BETOL KE IDOK, MAI DATANG SINI CEPAT


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Harini post aku adalah pasal tasik chini. Ala, yang orang duk cakap ada naga tu...huhu. bagi aku, semuanya adalah lagenda dan ada yang cakap ianya suatu mitos. Lagenda akan kekal sebagai lagenda manakala mitos harus dilupakan sahaja. 


Berdasarkan gambar diatas, kalau korang datang ke Tasik Chini ni, kat entry tu korang akan nampak replika naga. Replika ni dibuat supaya menjadi daya tarikan orang ramai untuk datang ke sini. Kalau korang nak tido kat sini pon boleh, kat sini jugak disediakan chalet untuk disewa. Kebanyakan penyewa chalet kat sini adalah foreigner. So, gambar ke empat tu menunjukkan bahawasanya ikan yang hidup liar amat jinak dengan manusia, percayalah cakap saya..hehe


Gambar ni pula diambil masa kat jeti.Waktu ni, aku pergi dengan kawan kawan aku. Almaklumlah, kawan datang kampung aku. So aku bawak la diorang melawat mana mana kawasan yang menarik kat area Chini ni. From my opinion, diorang agak sedikit excited, tapi bagi aku..hurrmmmm, biasa biasa saje sebab dah selalu datang..huhu


Mase ni plak, aku sewakan boat supaya diorang dapat la ronda ronda kawasan tasik ni. Harga yang ditawarkan berpatutan dengan perkhidmatan yag disediakan. Kalau korang ada luck, korang boleh la petik bunga teratai dan makan teratai punya seeds.. Sedap la jugak..hehe


Gambar yang ini pulak menceritakan antara laluan yang digunakan untuk meneroka kawasan tasik. Kalau korang suka dengan alam semula jadi, aku syorkan korang datang sini sendiri dan alaminya...huhu


Korang kalau naik boat ni, korang boleh request untuk singgah sebentar di perkampungan orang asli yang tinggal kat tasik chini ni. Kat sini korang boleh la tengok cara hidup diorang dan apa aktiviti harian diorang kat sini. Ala, sekadar untuk menambah pengetahuan.


Alang alang korang dah dekat sini, apa kata kalau korang cuba untuk menyumpit. Rasainya sendiri bagaiman sukarnya untuk menyumpit. Bagi orang asli disini, mereka memburu dengan menggunakan sumpit. Kat sini juga, diorang juga menyediakan hasil kraftangan yang boleh dibeli untuk dijadikan sebagai cenderahati. Then, lepas pada ni, korang akan kembali ke jeti semula dan kembali untuk meneroka kawasan tasik chini yang menyediakan pelbagai aktiviti. Mase ni pon aku bawak dorang dah petang, so banyak aktiviti yang diorang tak dapat lakukan seperti menunggang kuda, kayak dan lain lain lagi..Next time la kawan kawan..huhu


SEDIA BERKHIDMAT UNTUK TASIK CHINI TERCINTA