Thursday, August 16, 2012

Resepi Tart Nenas Gebu


Nampak pon dah sedap kan..2 belum cube wat lagi...jom2..

HANYA 9 LANGKAH MUDAH DAN TANGKAS PLUS CEPAT UNTUK MENYEDIAKANNYA

Bahan-bahannya adalah;

1. Yang paling penting iaitu nenas;


kalau takde nenas memang tak jadi;

2. Telur ayam beberapa biji;


 harus dicuci terlebih dahulu sebelum menggunakannya;

3. Antara bahan terpenting juga, tepung gandum cap 1 Malaysia;


Ingat!!! cap 1 Malaysia jew

 4. Beberapa ratus duit ringgit malaysia (RM)

 wow!!! duit2..

5. Jari telunjuk;

6. Tunjuk kuih tart ni kat kedai ni;
 


7. Tunjuk kuih tart ni kat kedai tu;
 

8. Tunjuk kuih tart ni kat pasar tu;


9. Then, siap untuk dimakan..sesuai untuk juadah di hari lebaran..maaf zahir batin..

Tabiat Buruk Makan Pada Waktu Malam



Senarai makanan yang selalu dioder kalau up pada pukul 12 malam...

Minom apa mau..soalan mamak..
Dijawabnya; teh tarik satu..


Mamak tanya lagi...makan?
Dijawabnya lagi; mee goreng mamak sama roti kosong satu!!


Sedapppnyerr...


Ni pon sedap jugakk...

Jeng Jeng Jeng!!!!...

Antara kesan yang telah dikenalpasti mengenai kesan tabiat buruk makan pada waktu malam adalah seperti berikut;

1. Akan mengakibatkan masalah kesihatan dalam jangka masa panjang KERANA ia tidak memberi  peluang kepada makanan @ lemak untuk dicernakan.

2. Yang ke-dua Lemak yang terkumpul itu akan menyempitkan saluran darah dan menghalang pengalirannya menyebabkan beberapa jenis penyakit bergantung di mana penyumbatan itu berlaku,'' kata Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr. Tee E. Siong.

3. Seterusnya, Kajian menunjukkan bahawa lemak yang terkumpul di bahagian perut mempunyai impak negatif yang lebih buruk berbanding anggota tubuh yang lain.

4. Ia juga akan mengakibatkan Ia menandakan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat banyak penyakit seperti jantung, serangan angin ahmar, diabetes dan kanser.

5. Tambahan lagi,penyakit termasuk tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, masalah berkaitan tulang seperti artritis dan gout, kesukaran bernafas, hernia dan masalah berkaitan emosi.

6. Ada lagi, Sindrom Makan Malam (NES);

 i) Seseorang itu dikategorikan sebagai NES apabila menunjukkan gejala seperti tidak berselera makan pada waktu siang tetapi sebaliknya di sebelah malam;

ii) Mereka juga mengalami INSOMNIA dan ada ketikanya bangun empat ke lima kali dalam satu malam kerana lapar lalu bergegas ke dapur dan membuka peti sejuk;

Kalau rasa berat badan dah ideal, cuba kira mengikut BMI;

Cara pengiraan Indeks Jisim Tubuh (BMI):
(BMI merupakan pengukuran berat badan bagi menentukan tahap risiko kesihatan)

Contohnya: 50 kilogram (berat) dibahagi 1.56 meter x 1.56 meter (tinggi) bersamaan 20.54

Petunjuk BMI:

- Kurang 18.5 - kurang berat badan

- 18.5 hingga 24.9 - berat badan sihat

- 25 hingga 29.9 - berat badan berlebihan

- 30 hingga 39.9 - obesiti

- 40 ke atas - obesiti morbid (berpenyakit yang boleh mengundang maut).

LAPORAN KEPADA SESIAPA YANG MEMPUNYAI TABIAT NI...HENTIKANLAH..SAYANGI DIRI ANDA..:)



 


Roti Sardin Roll ( Juadah Berbuka )




BAHAN-BAHANNYA;

1. Roti potong (xkire cap ap pon)
2. Sardin 1 tin
3. Serbuk roti
4. Tepung gandum
5. Air masak
6. 2 biji telur 
7. Minyak untuk menggoreng

CARA-CARANYA;

1. Gelekkan roti sehingga nipis,

2. Bancuh 2 sudu besar tepung gandum bersama sama air masak sehingga ianya tidak terlalu cair,

3. Hancurkan ikan sardin tanpa membuang kuah dalam tin sardin, 
 
4. Gulungkan roti yang telah digelekkan bersama sama dengan sardin,

5. Kemudian, matikan gulungan dengan meratakan bancuhan tepung di hujung sekali supaya semasa gorengan supaya ianya tidak terbuka,

6. Renjiskan sedikit air ke semua roti yang telah siap digulung supaya ia akan lembut semasa dimakan,

7. Pukul telur terlebih dahulu dan celopkan roti yang telah digulung kedalamnya dan terus akhirinya dengan saduran serbuk roti,

8. Akhir sekali gorengkannya dan setelah warnanya keemasan, toskan terlebih dahulu. Dan iannya siap untuk dimakan tapi tunggulah azan maghrib dulu yer...