Thursday, August 16, 2012

Tabiat Buruk Makan Pada Waktu Malam



Senarai makanan yang selalu dioder kalau up pada pukul 12 malam...

Minom apa mau..soalan mamak..
Dijawabnya; teh tarik satu..


Mamak tanya lagi...makan?
Dijawabnya lagi; mee goreng mamak sama roti kosong satu!!


Sedapppnyerr...


Ni pon sedap jugakk...

Jeng Jeng Jeng!!!!...

Antara kesan yang telah dikenalpasti mengenai kesan tabiat buruk makan pada waktu malam adalah seperti berikut;

1. Akan mengakibatkan masalah kesihatan dalam jangka masa panjang KERANA ia tidak memberi  peluang kepada makanan @ lemak untuk dicernakan.

2. Yang ke-dua Lemak yang terkumpul itu akan menyempitkan saluran darah dan menghalang pengalirannya menyebabkan beberapa jenis penyakit bergantung di mana penyumbatan itu berlaku,'' kata Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr. Tee E. Siong.

3. Seterusnya, Kajian menunjukkan bahawa lemak yang terkumpul di bahagian perut mempunyai impak negatif yang lebih buruk berbanding anggota tubuh yang lain.

4. Ia juga akan mengakibatkan Ia menandakan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat banyak penyakit seperti jantung, serangan angin ahmar, diabetes dan kanser.

5. Tambahan lagi,penyakit termasuk tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, masalah berkaitan tulang seperti artritis dan gout, kesukaran bernafas, hernia dan masalah berkaitan emosi.

6. Ada lagi, Sindrom Makan Malam (NES);

 i) Seseorang itu dikategorikan sebagai NES apabila menunjukkan gejala seperti tidak berselera makan pada waktu siang tetapi sebaliknya di sebelah malam;

ii) Mereka juga mengalami INSOMNIA dan ada ketikanya bangun empat ke lima kali dalam satu malam kerana lapar lalu bergegas ke dapur dan membuka peti sejuk;

Kalau rasa berat badan dah ideal, cuba kira mengikut BMI;

Cara pengiraan Indeks Jisim Tubuh (BMI):
(BMI merupakan pengukuran berat badan bagi menentukan tahap risiko kesihatan)

Contohnya: 50 kilogram (berat) dibahagi 1.56 meter x 1.56 meter (tinggi) bersamaan 20.54

Petunjuk BMI:

- Kurang 18.5 - kurang berat badan

- 18.5 hingga 24.9 - berat badan sihat

- 25 hingga 29.9 - berat badan berlebihan

- 30 hingga 39.9 - obesiti

- 40 ke atas - obesiti morbid (berpenyakit yang boleh mengundang maut).

LAPORAN KEPADA SESIAPA YANG MEMPUNYAI TABIAT NI...HENTIKANLAH..SAYANGI DIRI ANDA..:)



 


No comments:

Post a Comment