Friday, October 9, 2015

Telur Goreng


Teknik Telur Mata Kerbau

Disini aku kongsikan macam mana nak menggoreng telur. Aku confirm tak ramai yang tahu even nak menggoreng sebijik telur ayam. Bukan sahaja bujang, ada anak dara yang tak tahu menggoreng telur. Macam mana nak jaga laki la kalau nak goreng telur pon tak tahu..hihi

Telur

First of all, kalau nak menggoreng telur ayam..korang mesti la ada telur ayam. Tak boleh telur orang tau, nanti tak menjadi.haha.. Basuh2 bagi bersih dulu telur tu sebelum goreng, sebab confirm ada sikit2 najis ayam yang lekat kat telur tu. Baru la bersih sikit makan kita tu nanti


Then, korang bukak api sederhana n bubuh minyak tiga sudu.. Bila minyak panas, pecahkan telur tu dan agak2 dah masak, balik2kan telur tu..ini untuk pastikan each side telur tu masak.

Telur Siap

Ni la hasilnya, telur mata yang senang lagi simple. Makan dengan nasi or cicahkan dengan kicap.. Sedap gile plus plak ada tauhu goreng..mantapp

-Selamat mencuba-

Resepi Donut Bujang

Untuk next entry, aku akan sharekan resepi dan teknik nak hasilkan donut macam ni..




Resepi Oat


Nasi Oat

Nasi oat ni aku rasa macam aku sorang je buat kat dalam dunia ni kot.. Versi pemalas bujang yang nak diet dan cepat dan menjimatkan. 

Bahan bahannya ;

1. Nasi putih satu senduk nasi
2. 4 sudu oat (yang cook punya jenis)


Cara caranya;

Campak semuanya dalam non-stick frying pan. Masakkan selama 5 minit. Kacau jangan tak gaul.. Agak2 sebati tu, korang akan nampak nasi dan oat seakan melekat lekat antara satu sama lain. Oat kira dah masak la tu


Ni telur goreng, saje la goreng sebab aku tak beli lauk harini. Tak kan la nak makan nasi dengan oat macam tu je. Kering tekak nanti.


So, this is the simplest dinner yang aku boleh buat. Topap kicap sikit and home made cili jeruk.. Rasa la pedas pedas sikit.. Ni pon kira rezeki la. Teknik ni sering aku gunakan mase hujung2 bulan.

Kongsi Tips

Aku nak bagi tips sikit ni untuk yang bujang pemalas macam aku. Masak nasik banyak2 and simpanlah dalam peti. Boleh tahan sampai 3 minggu. Boleh guna untuk buat macam2 jenis nasi kalau dah simpan dalam peti. Aku selalu guna untuk buat nasi goreng. Tapi sebelum simpan dalam peti tu, pastikan nasi tu sejuk dulu