Bukan susah nak bikin jus bunga rozell.. Semudah 1 2 3..... Seriously guys...
Bunga Rozell
Bunga rozell yang macam ni la yang paling sesuai untuk dibikin jus. Sedang elok dan matang untuk dibuat jus. Kalau terlalu muda atau tidak matang, rasanya akan tidak rasa sesedap yang diingini.
Bumga rozell ni lepas petik daripada pokok, eloklah untuk diasingkan bijinya dan bunganya. Then boleh basuh dan toskan untuk supaya segala kekotoran dapat dibuang
Rebusan bunga rozell
Bunga rozell yang diasingkan bijinya kemudian di rebus dengan air. Seperti yang kalian lihat dalam gambar diatas, rebuskan bunga tersebut sehingga lembut dan mengeluarkan warna merah.. Selepas itu, asingkan antara bunga dan airnya.
Sejukkan dan simpan dalam peti jus tersebut. Untuk diminum, bancuh bersama air masak dan tambahkan gula.. Seriously sedap..
Selamat mencuba