Saturday, January 25, 2014

Apa Yang Menarik Kat Hulu Langat, Selangor ( Boleh Pi Sungai Gabai )



AIR TERJUN SUNGAI GABAI..HAMPA PERNAH PI TAK??


Sungai Gabai ni terletak di Daerah Hulu Langat dan berada dalam Negeri Selangor. Mana mana yang minat beriadan dan mandi manda, aku syorkan korang boleh la datang untuk mandi dan boleh beriadah dengan family atau keluarga. 


Ye la, bukan selalu dapat beriadah bersama sama dengan family kan, setelah sibuk 5 hari bekerja, eloklah kiranya luangkan sedikit masa dengan falimy dengan mandi manda kat air terjun ni. Sabtu or ahad sedang elok la kalau nak datang sini. Lagi ramai yang datang, lagi meriah tempat ni.


Kalau korang tegok gambar yang aku upload dalam blog ni, bagi aku amat menarik kan. Tapi kalau korang tengok live, tempat ni lagi cantik sebenarnya. Penuh dengan tumbuh tumbuhan. Jalan nak ke tempat ni pun redup jek. Sedap mata memandang. huhu


Gambar kat atas ni saje je aq upload sebab nak tunjuk betapa jernihnya air ni. Bukan setakat jenih all the readers, tapi sejuk sampai tulang woo. 


Tengoklah gelagat geng geng aku sedang mandi manda kat sini. Layan habis.. Yla, cari masa sikit untuk beriadah.. Kami sebenarnya daripada Shah Alam, sejam je ambil masa nak datang sini, bila datang sini memang syok la..huhu


Ni ha lagi aku nak tunjukkan gelagat geng geng aku. Masa ni tak berapa nak ramai orang datang sebab kami datang paling awal. Kalau tak silap kami sampai awal pagi..



Salah seorang kawan aku cuba untuk menghampiri aku. Trick nak kasi basah r tu.. Tapi tidak kesampaian kerana aku terer dalam berlari.. So, aku tak basah, die kecewa..haha


SEDIA BERKHIDMAT UNTUK SUNGAI GABAI


2 comments:

  1. Replies
    1. Boleh je bro. Tapi kalau larat nak bawak smua tu naik atas la.. Sangat tinggi

      Delete