Tuesday, September 22, 2015

Sarapan (Resepi Diet)


Assalamualaikum and salam sejahtera guys.. Mana mna yang perlukan makanan diet untik sarapan bagi mengekalkan makanan yang sihat serta diet yang seimbang.. Boleh la try makan macam ni.. Rendah kolestrol dan kenyang


Ini sarapan bile hari sabtu ahadku.. Rajin sikit guys.. Nak sihat kan....

Menu sabtu ahad antaranya; 
1. Telur 2 biji (digoreng menggunakan non stick frying pan)
2. Hot dog low callory n non preservative
3. Lempeng oat (makanan ni ni paling sedap)


Ni hasil imiginasi seseorang tentang sarapan aku.. Adoi, boleh die buat gini breakfast aku..

Untuk entry seterusnya aku akan kongsikan resepi untuk masak menu ni


Resepi Kek Tiramisu


Resepi ni dikhaskan kepada jejaka2 tampan seperti saya untuk membikin kek tiramisu yang super easy dan super jimat... Hehehe

Kek Tiramisu

Bahan-Bahannya adalah;

1. 1 bungkus biskut cream cracker (prefer brands Hup Seng)
2. Satu tin susu cair
3. Setengah tin susu pekat
4. 2 cawan air masak
5. 2 sudu tepung jagung
6. Secubit garam
7. Milo
8. Air kopi tanpa gula "1 sudu kopi" (untuk membasahkan biskut)

Cara untuk membikinnya adalah seperti berikut;

Step Pertama
1. Masukkan susu cair, susu pekat, dan air kedalam periuk dan panaskan.
2. Setelah agak-agak panas, masukkan secubit garam
3. Kemudian, masukkan tepung jagung yang telah dilarutkan dengan setengah cawan air masak
4. Kacau lebih kurang 3 minit untuk memastikannya pekat sedikit

Step Kedua
1. Kilas rendam ( rendam sekejap je. Dalam 3 saat) biskut kedalam air kopi dan susun ke dalam bekas
2. Tuangkan larutan daripada step pertama ke dalam bekas tersebut (cover untuk tutup biskut tu sahaja)
3. Taburkan milo di bahagian at as
4. Kemudian, ulangi untuk susun biskut larutan step pertama dan milo (buat 2 lapisan)
5. Sejukkan sebentar Dan masukkan ke dalam peti ais (biarkan ianya sejuk selama 4 jam)

Step Ketiga
1. Ambil sudu, duduk besila n makannnnn...

Selamat Mencubaaa..