Wednesday, January 22, 2014

Apa Yang Menarik Kat Chini ( Kucing Untuk Di Beri "Adopt" )




Comel kan kucing kat atas tu... Kucing ni amat sesuai untuk dipindah hak milik kepada orang lain.. keutamaan diberikan kepada peminat tegar kucing.. biodata kucing ni seperti yang berikut:


1.  Anak kepada seekor ibu baka biasa tetapi telah berkahwin (ehem2) dengan kucing baka siam.
2.  Anak keberapa daripada 4 beradik
3.  Dia yang paling comel dan berbulu lebat
4.  Lincah bermain dan pandai "menikus".
5.  Pandai makan sendiri dan kurang bergantung kepada susu ibunya, makannya seperti nasi digaulkan dengan ikan dan friskies.
6.  Tidak memilih tuan da pandai bergaul..
7.  yang paling penting, boleh belajar bercakap tetapi dalam bahasa kucing sahaja..hehe

Kalau ada yang berminat, boleh lah inform kat saya...yang sebenarnya ni bukan kusing saya pon.. Ni kucing kawan.. Die memang nak kasi kat orang lain pun kucing ni kalau ada yang berminat.. Sebabnya dia dah ada berlambak kucing kat rumah tu.. Peliharalah kucing kerana ianya antara haiwan kesayangan Junjungan Besar Nabi kita...


Apa Yang Menarik Kat Chini ( Satay Bro Naim )




Duk pi jalan jalan naik moto kat kawasan Chini, Pekan Pahang Darul Makmur ni.. tertengok la plak kedai satay ni.... Dulu dia ni beniaga kat depan D'mart Dara je, pastu dia pindah niaga kat area tempat gelanggang tenis.. Almaklumlah, dah ada tapak niaga yang telah dikhaskan... tempat ni lebih strategik dan lebih mendapat tumpuan penduduk kat area chini ni.. Bukan nak sembang la, satay dia memang sedap dan besaq besaq kalau orang kedah kata.. Puas hati gak la makan... Dia ni ada jual satay daging, satay ayam, n satay kerang dan lagi satu nasi impit... 

Tapi dalam kita nak makan satay, kita kena pilih jugak samada kuah kacang yang disediakan sedap mahupun tak. Kalau satay je yang sedap, memang tak jadi la.. Kuah kacang yang bro naim ni, rasa lemak2 pun ada, kacang 2 aq rse die tumbuk dan bukan blender sebabnya kacang dia agak kasar dan boleh dikunyah.. Agak terasa kacangnya la bile makan. Orang putih selalu cakap, It is complete set to eat the real satay.. haha.. Kalau tak percaya, hampa buleh p try.. Kalau nak tau loksi lebih lanjut, buleh tanya aku..