Thursday, January 30, 2014

Apa Yang Menarik Kat Tasik Chini ( Macam Macam Adooo )



KALAU NAK TAU LAGENDA NAGA TU BETOL KE IDOK, MAI DATANG SINI CEPAT


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Harini post aku adalah pasal tasik chini. Ala, yang orang duk cakap ada naga tu...huhu. bagi aku, semuanya adalah lagenda dan ada yang cakap ianya suatu mitos. Lagenda akan kekal sebagai lagenda manakala mitos harus dilupakan sahaja. 


Berdasarkan gambar diatas, kalau korang datang ke Tasik Chini ni, kat entry tu korang akan nampak replika naga. Replika ni dibuat supaya menjadi daya tarikan orang ramai untuk datang ke sini. Kalau korang nak tido kat sini pon boleh, kat sini jugak disediakan chalet untuk disewa. Kebanyakan penyewa chalet kat sini adalah foreigner. So, gambar ke empat tu menunjukkan bahawasanya ikan yang hidup liar amat jinak dengan manusia, percayalah cakap saya..hehe


Gambar ni pula diambil masa kat jeti.Waktu ni, aku pergi dengan kawan kawan aku. Almaklumlah, kawan datang kampung aku. So aku bawak la diorang melawat mana mana kawasan yang menarik kat area Chini ni. From my opinion, diorang agak sedikit excited, tapi bagi aku..hurrmmmm, biasa biasa saje sebab dah selalu datang..huhu


Mase ni plak, aku sewakan boat supaya diorang dapat la ronda ronda kawasan tasik ni. Harga yang ditawarkan berpatutan dengan perkhidmatan yag disediakan. Kalau korang ada luck, korang boleh la petik bunga teratai dan makan teratai punya seeds.. Sedap la jugak..hehe


Gambar yang ini pulak menceritakan antara laluan yang digunakan untuk meneroka kawasan tasik. Kalau korang suka dengan alam semula jadi, aku syorkan korang datang sini sendiri dan alaminya...huhu


Korang kalau naik boat ni, korang boleh request untuk singgah sebentar di perkampungan orang asli yang tinggal kat tasik chini ni. Kat sini korang boleh la tengok cara hidup diorang dan apa aktiviti harian diorang kat sini. Ala, sekadar untuk menambah pengetahuan.


Alang alang korang dah dekat sini, apa kata kalau korang cuba untuk menyumpit. Rasainya sendiri bagaiman sukarnya untuk menyumpit. Bagi orang asli disini, mereka memburu dengan menggunakan sumpit. Kat sini juga, diorang juga menyediakan hasil kraftangan yang boleh dibeli untuk dijadikan sebagai cenderahati. Then, lepas pada ni, korang akan kembali ke jeti semula dan kembali untuk meneroka kawasan tasik chini yang menyediakan pelbagai aktiviti. Mase ni pon aku bawak dorang dah petang, so banyak aktiviti yang diorang tak dapat lakukan seperti menunggang kuda, kayak dan lain lain lagi..Next time la kawan kawan..huhu


SEDIA BERKHIDMAT UNTUK TASIK CHINI TERCINTA



No comments:

Post a Comment