Tuesday, February 4, 2014

Apa Yang Menarik Kat Bukit Broga ( Hampa Buleh Tengok Matahari Terbit Yaww)


SUKA CABARAN !! TAK PERNAH TENGOK MATAHARI TERBIT !SUKA MENDAKI !! HAMPA MAI DATANG SINI CEPAT..


Assalamualaikum dan selamat sejahtera aku ucapkan pada readers. Kalaulah korang rasa nak beridah, korang boleh la datang dekat Bukit Broga. Bagi aku la, lepas datang sini, rasa cam nak datang lagi je. Bagi orang Selangor, diorang mesti da biasa dengar pasal Bukit Broga. Almaklumlah, Bukit Broga ni memang la kat Selangor pon.hehe


Tapi ini cerita aku semasa mendaki. Aku syorkan, kalau la korang datang sini, baik korang datang dalam kumpulan. So, ni la antara geng geng mendaki aku. Penat sangat study, kami pon decide nak hilangkan stress dengan pi mendaki..huhu. Mase ni kami gerak dalam pukul 2 pagi daripada Shah Alam.. Orang kata, kalu nak datang Bukit Broga, baik datang sebelum subuh dan mendaki sebelum subuh.. 


Okey, sampai lah kami kat Bukit Broga ni. Tengok pada gambar, kami dah pun mendaki. Mase ni subuh lagi dan mase ni matahari tak terbit lagi. So, sempat nak daki ke puncak bukit untuk lihat matahari terbit. Mase ni rehat sekejap, penat sangat gamoknye. Mase ni kami tak bawak ape ape, means makanan dan minuman langsung takde...sedeyy


Mengikut gambar di atas, mereka adalah geng geng mendaki aku, mereka jugak merangkap kepada model gambar simpanan aku..huhu..Bukan nak tipu, tapi pemandangan kat atas ni memang cantilk. Kalau tak percaya, mari mendaki dan tengok sendiri..huhu


Antara photo shoot yang sempat dilakukan..hehe Mereka mereka ni kawan belajar aku. Aku rase la, kalau nak gambar pengantin pon boleh. Tapi, masak dan ketiak basah la pengantin nak naik sampai ke sini..hehehe


Semakin banyak gambar, semakin banyak la model yang paparkan..hehe.. Kalau korang tengok kat gambar tu, itulah sedikit cabaran yang korang akan hadapi semasa melakukan pendakian. Satu lagi aku nak cakap, kalau suka udara segar, mai sini,. Sebab segar adalah kerana kawasan hijau sini tersangatlah banyak..



Oleh hal yang demikian, ini adalah antara gambar gambar yang menjadi pilihan aku untuk dipaparkan kepada umum. Bagi aku, ini antara gambar yang mampu menunjukkan keindahan yang akan korang dapat bila mendaki Bukit Broga ni. Keindahan alam semulajadi kadang kala tidak dapat diterjemahkan dalam gambar, so baik datang untuk alaminya sendiri..huhu


SEDIA BERKHIDMAT UNTUK BUKIT BROGA


No comments:

Post a Comment