Actually guys, ni bukanlah cara untuk masak Mi hailam, resepi ni lebih kepada maggi hailam. So, let's cook!!
Bahan2 yang digunakan adalah seperti berikut;
1. Maggie (perisa curry)
2. Satu pokok sayur sawi (asingkan daun dan batangnya)
3. Bawang putih 2 ulas
4. Bawang merah sebiji
5. Cili 5 biji
6. Sos cili
7. Cili giling (homemade)
8. Air
9. Lada hitam (serbuk)
10. Sedikit garam
Tumis cili, bawang putih dan merah yang telh dipotong sampai naik bau
Masukkan batang sawi. Ini kerana batang sawi ni sangat susah untuk dilembutkan. So kasi goreng sama itu batang sawi..haha
Kemudian, masukkan tiga sudu cili giling. Tumis sehingga pecah minyak
Dah pecah minyak, masukkan sedikit air lalu masukkan satu satu sudu sos, separuh paket perasa maggie curry dan secubit garam. Tak elok kalau makan banyak perencah tu.,not good
Selepas dua minit, masukkan air dan tunggu sehingga mendidih kuahnye
Masukkan maggie
Selepas maggie kembang sedikit, masukkan telur dan serbuk lada hitam
Kemudian masukkan daun sawi
Kacau 2 minit dan tutup api. Wallah, sudah siap!!
Ni la hasilnya. Maggie hailam version anak bujang trang tang tang!! Memandangkan aku ni addict la dengan oat, so sebelum makan aku campak 3 sudu oat dalam maggie ni.
-selamat mencuba-