Lempeng Oat / Oat Pancake
Salam readers, disini saya kongsikan cara saya untuk buat lempeng oat cara yang paling mudah dan sihat. Seriously senang dan menjimatkan..huhu
Bahan bahannya adalah;
1. 2 sudu tepung gandum
2. 4 sudu oat (quick cook)
3. Secubit garam
4. Sebiji telur
5. Air
Gaulkan semua bahan kecuali telur kerana telur tu nak gunakan sebagai penyeri lempeng tu je nanti. Bancuhan oat tu kene cair sikit sebabnya nanti bila dimasak, oat akan mengembang dan mnyerap air. Kacaukan sebati.
Gunakan non-stick frying pan untuk zero kolesterol. Masukkan kedalam dan ratakan seperti di dalam gambar di atas.
Ni lepas 4 minit, balikkan untuk memastikan kedua dua bahagian masak dengan jayanya. Pastikan lempeng tersebut 70 percent masak
Balikkan semula lempeng tersebut, pecahkan telur di atasnya. Seperti dalam gambar di atas.
Ratakan telur di atas lempeng tersebut, taburkan sedikit garam, gula, dan lada hitam dan minyak zaiton.
Kemudiaan balikkan lempeng tersebut selama 1 minit untuk mendapatkan telur seperti gambar di atas.
Sudah siap. Memandangkan susu atau madu dah habis, saya makan sos cili. Urmm, kalau tau baik pergi cari susu sebab makan dengan sos, rasanya samgatlah hambar.. Haha. Nak sedap, makan dengan madu dan a cup of ice cream (perisa vanilla)
-Selamat Mencuba-
No comments:
Post a Comment