KALAU NAK TENGOK RAMA RAMA HIDUP DARIPADA PELBAGAI SPESIS, HAMPA MAI LA SINI..
Gambar rama rama ni sangat la besar dan diletakkan kat depan pintu masuk farm ni. Aku percaya,kalau korang tengok, itulah rama rama yang paling besar korang pernak tengok dalam hidup korang. Ada satu tapi tentang rama rama ni, ianya sebenarnya daripada spesis simen..hehe.. Ini bermakna ianya hanya replika sahaja.. So janganlah beria sangant..kehkehkeh
Gambar kat atas ni pulak adalah tempat pembiakan atau tempat transformation ulat kepada kepompong dan seterusnya kepada rama rama yang cantik. Semua ni diorang kumpul daripada keseluruhan kawasan farm ni yang ulatnya telah bertukar kepada kepompong dan diletakkan dalam ni. Kalau korang ada luck cam aku, boleh tengok live kepompong tu keluar menjadi rama rama..huhu
Korang jangan la percaya dengan nama yang aku tulis tu. Bukan apa, aku ni bukan tahu sangat spesis spesis rama rama ni. Tapi kan, rama rama kat sini semuanya jinak dan kadang kadang singgah kat badan kita.
Antara rama rama lain telah tidak dapat dikenalpasti ianya daripada spesis apa. Tapi bagi aku semuanya cantik cantik.
Ni la antara spesis ulat sebelum ianya bertukar kepada rama rama. Aku ingat lagi, kalau mase aku kecik, aku ngan kawan kawan aku panggil ni ulat karen. Kalau jumpa, amik kasi ayam makan...haha.. agak kejam gak la mase dulu dulu.
Ni pulak antara spesis rama rama yang telah mati. So diorang tak nak buang, so diorang awetkan untukdipamerkan kepada umum. Sumpah cakap kau, banyak giler rama rama, ada beribu ribu spesis. Selain tu, diorang letak jugak unggas hutan yang lain kat sini..
Rama rama yang telah diawet dan disertakan juga dengan nama nama saintifiknya.
Ni la Bunga Raya, bunga kebangsaan kita. Bunga ni diletakkan disitu supaya rama rama dapat menghisap madu yang ada kat bunga tu.
Rama rama putih tu pulak seingat aku adalah sebesar dua telapak tangan. Sangat besar dan agak gerun gak la kalaulah tengok rama rama ni masih hidup dan terbang kat kita..hehe..over kan aku..
Selain daripada rama rama, Diorang jugak sediakan binatang binatang lain untuk dipamerkan kepada umum. Ulat ni kalau kita biasa tengok adalah sebesar lidi penyapu sahaja, tapi kali ni ianya sebesar IBU JARI.. Sangat besar dan menggerunkan..Over sekali lagi..hhuhu
SEDIA BERKHIDMAT UNTUK PERSATUAN RAMA RAMA SEDUNIA