Sunday, June 14, 2015


ALHAMDULILLAH....BULAN PUASA TIBA LAGI ;)

BERSEDIAKAH KAMU UNTUK MENGHADAPINYA??

Mari Kita Tahu Sedikit Sebanyak Mengenai Puasa...

1. Daripada Aspek Maksunya

Menurut istilah Syara', puasa membawa maksud
" Menahan diri dari perkara khusus seperti syahwat kemaluan iaitu bersetubuh dan perut iaitu memakan atau meminum, dan semua yang boleh dikira membatalkan puasa (khususnya muslim dan muslimah yang bersih daripada haid dan nifas). Perkara ini dikhususkan kepada golongan yang beragama islam. Tempoh masa yang khusus berpuasa adalah bermula daripada terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari dengan menetapkan sifat yang khusus seperti berniat untuk ibadah dan mendapat perkenan daripada Allah S.A.W."


Sebahagian Ulama Mentakifkan Puasa Sebagai;
"Menahan diri daripada melakukan perkara syahwat mulut (makan dan minum) dan juga menahan diri daripada melakukan syahwat kemaluan seperti berjima; dan yang seumpama keduanya. Hal ini demikian kerana, melawan hawa nafsu dan mentaati Allah S.A.W di keseluruhan waktu siang dengan niat sebelum terbit fajar atau bersamanya pada hari hari yang bukan hari haid dan nifas atau hari-hari raya."


Ta'rif lain pula ada menyatakan;
"Melakukan ibadah kepada Allah S.A.W dengan menahan diri daripada memakan atau minum dan segala perkara yang membatalkan puasa bermula terbitnya fajar sehingga tenggelamnya matahari."


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan