Thursday, August 16, 2012

Roti Sardin Roll ( Juadah Berbuka )




BAHAN-BAHANNYA;

1. Roti potong (xkire cap ap pon)
2. Sardin 1 tin
3. Serbuk roti
4. Tepung gandum
5. Air masak
6. 2 biji telur 
7. Minyak untuk menggoreng

CARA-CARANYA;

1. Gelekkan roti sehingga nipis,

2. Bancuh 2 sudu besar tepung gandum bersama sama air masak sehingga ianya tidak terlalu cair,

3. Hancurkan ikan sardin tanpa membuang kuah dalam tin sardin, 
 
4. Gulungkan roti yang telah digelekkan bersama sama dengan sardin,

5. Kemudian, matikan gulungan dengan meratakan bancuhan tepung di hujung sekali supaya semasa gorengan supaya ianya tidak terbuka,

6. Renjiskan sedikit air ke semua roti yang telah siap digulung supaya ia akan lembut semasa dimakan,

7. Pukul telur terlebih dahulu dan celopkan roti yang telah digulung kedalamnya dan terus akhirinya dengan saduran serbuk roti,

8. Akhir sekali gorengkannya dan setelah warnanya keemasan, toskan terlebih dahulu. Dan iannya siap untuk dimakan tapi tunggulah azan maghrib dulu yer...

No comments:

Post a Comment