Wednesday, August 15, 2012
Malam Lailatul Qadar
Malam lailatul qadar berlaku dalam masa 10 hari sebelum menjelangnya hari raya. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan Hadis Rasulullah s.a.w di antaranya firman Allah s.w.t
1. Terdapat beberapa kelebihan sekiranya seseorang itu menghayati malam lailaul qadar:
Kerana mulianya Lailatul Qadar, Rasulullah s.a.w menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. maksudnya,
“Barangsiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu
2. Antara tanda2 Malam Lailatulqadar yang sering diperkatakan ialah:
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
i. Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita
ii. Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat
iii. Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud
iv. Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment