Friday, August 17, 2012

Jaga2!!! Hadis Palsu Yang Telah Dikenalpasti Mengenai Fadhilat Solat Taraweh..




Kadang- kadang kita boleh tersilap tentang maklumat yang kita terima seperti yang selalu diperkatakan mengenai fadhilat atau pahala yang akan diterima apabila mengerjakan solat taraweh di bulan Ramadhan. Sekiranya kita berasa ragu-ragu mengenai sesuatu maklumat tersebut yang berkaitan dengan agama, kita haruslah merujuk kepada golongan yang lebih arif mengenainya supaya apa yang akan kita akan sentiasa berada di landasan yang benar.

Hadis hadis yang telah dikenalpasti palsu mengenai fadhilat solat taraweh;



Yang pertama;

Dikatakan bahawasanya pada malam pertama ramadhan, kepada mereka yang mengerjakan solat taraweh akan diampunkan segala dosanya sepertimana ia baru dilahirkan

Yang kedua;

Dikatakan apabila mengerjakan solat taraweh pada malam ke empat ramadham akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Yang ketiga;

Apabila mengejakan solat taraweh pada malam keenam ramadhan, Allah akan mengurniakan  pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Yang keempat;

Manakala pada malam ke tujuh ramadhan pula seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

Yang kelima;
 
Mengerjakan solat taraweh pada malam kelapan ramadhan pula, Allah akan mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

Yang ketujuh;

DInyatakan juga pada malam kesembilan ramadhan, Allah akan kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..

Apa yang saya kongsikan adalah daripada website Mufti
 Negeri Terengganu dan insyaaallah sumbernya boleh dipercayai.
 
Jadi, apa2 sahaja yang kita perolehi, perlulah kita untuk mengenalpasti sumbernya





No comments:

Post a Comment