Monday, October 19, 2015

Resepi Cendawan


Cendawan Goreng Kilas

Hai readers, hari ni saya kongsikan bagaimana caranya survival bujang trang tang tang masak cendawan. Trademark, simple mudah sihat dan jimat. Yang penting sedap


Bahan-Bahannya adalah;

1. 2 ulas bawang putih
2. 2 ulas bawang merah
3. Halia seinci
4. Cili hijau 5 biji (sbb suke pedas)
5. Sos tiram satu sudu makan
6. Separuh paket cendawan
7. Garam sebagai perasa
9. 2 sudu makan minyak masak
10. Sedikit bawang besar untuk dressing saje
11. Sedikit air


Prefer cendawan macam ini. Carik carik dengan tangan kemudian rendam sebentar dengan air garam. Maybe ada racun, boleh neutralkan


Panaskan minyak sebentar dan tumiskan bawang putih, merah, halia dan cili. Biarkan sehingga bawang keperangan. 


Kemudian masukkan sedikit air dan masukkan sos tiram. Masa ni letakkan garam dan stage ni penting untuk menenukan keenakan masakan cendawan kita ni


Selepas semua rasa dah ada dan seperti yang diingini, masukkan cemdawan. Jangan tambah air kerana air daripada cendawan akan keluar


Kacau sebati bertujuan untuk mengelakkan masakan kita hangit dan rasa pahit nanti.


Dressingkan masakan dengan bawang besar dan sedikit cili. Tujuan mencantikkan masakan sahaja. Nampak hijau hijau sikit.


Agak kuah sudah kering sedikit, turup api untuk hwntikan daripada cendawan terus masak. Nanti kalau terlampau lama masak, tak sedap


Then, siaplah masakan bujang iaitu patin masak sambal hijau dan cendawan goreng kilas. Ready to bawak pergi kerja. Tapau jela, puas hati sikit makan masakan sendiri

-Selamat Mencuba-

No comments:

Post a Comment