Resepi Bujang Patin Masak Sambal Hijau
Halllo bujang or yang dah berfamily or sape sape la yang membaca entry untuk kali ni. Mari lihat cara saya masak sambal hijau guna ikan patin. Petua bujang, jimat, sihat, sedap dan mantap!!! HAHAHA
Sebelum saya sediakan bahan bahannye, saya goremgikan ikan terlebih dahulu. Sorang makan so ikan pon just seketul jela
Bahan-Bahannya adalah seperti berikut;
1. Ikan patin yang telah digoreng
2. Cili hijau 10 biji
3. Bawang merah 3 ulas
4. Bawang putih 3 ulas
5. Sedikit halia (untuk hilangkan bau ikan nanti)
6. 2 sudu minyak masak
7. Garam dan gula untuk perasakannya
8. Sedikit asam jawa
Okay, masukkan bawang putih, bawang merah, halia, cili, dan asam jawa. Kisarkan dengn sedikit air.
Panaskan minyak dan tuangkan bahan yang dikisar kedalam kuali. Tumiskan sehingga naik minyak. Ini untuk memastikan bahan bahan tersebut masak dengan elok
See, saya pon tak tahu warna hijau jadi brown pulak. Hehe. Macam ni la naik minyak. Sambal ni dah masak la
Kemudian masukkan sedikit air. Ikut suka jumlah kuah. Kalau nak kuah banyak, tambah air banyak sikit
Perasakan dengan garam dan gula. Stage ni penting kerana ianya kan menentukan enaknya masakan kita nanti
So, lepas rasa cam dah ikut citarasa kita, masukkan ikan yang telah digoreng. Seriously sedap.. Patin kann
So, stir selalu untuk elakkan masakan hangit dan ikan tadi masak dan ahan bahan serap ke dalam ikan.
Seleas 5 minit, tutup api dan siap untuk dihidangkan. Elok makan dengan nasi da sesikit sayur.
Saya bawak bekal pergi kerja, ikan patin dan cedawan goreng kilas. Senang sangat la nak masak cendawan tu. Next entry saya kongsikan cara masak cendawan tu.
-Selamat Mencuba-
No comments:
Post a Comment