Monday, October 19, 2015

Sayur Sawi Goreng


Sayur Sawi Goreng Bujang

Hai readers expecially yang bujang trang tang tang seperti saya, jom  lihat macam mana cara masak sayur sawi goreng. Ingat matkamat bujang, simple, jimat, murah dan sihat.


Bahan-Bahannya adalah sepertuli berikut;

1. 2 pokok sawi (asingkn antara daun dan batang)
2. 2 ulas bawang merah
3. 2 ulas bawang putih
4. Sedikit halia
5. 5 biji cili
6. Satu sudu sos tiram
7. Gula dan garam untuk perasakannya


First sekali, panaskan satu sudu makan minyak masak untuk menumis. Bila panas minyak, masukkan bawang putih bawang merah, halia, dan cili


Selepas bawang nampak keperangan, masukkan batang sawi untuk melembutkan batang sawindan lembut untuk dimakan


Masukkan sedikit air, kemudian masukkan sos tiram. Kacau sebati selama beberapa minit


Masukkan perasa garam, gula dan pastikan ianya hampir sama dengan gamnar di atas. Hehe


Selepas rasa semua dah okey, masukkan daun sawi. Tips, sawi tu kalau bolih rendam dengan garam dulu. Nak neutralkan racun dulu


Kacau kacau sikit dan pastikan sayur sawi anda sebijik macam gambar di atas


Jangan masak lama lama daun sawi tersebut kerana khasiat sayur akan hilang. Yummy


Bujang, goreng telur mata jela, jimat sikit. Bukak laptop and pasang mouvie. Mantap.. Savinggg bohh

-Selamat Mencuba-

No comments:

Post a Comment