Thursday, October 15, 2015

Maggie Goreng


Maggie Goreng Bujang Style

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harini saya akan kongsikan resepi macam mana saya masak maggie goreng. Rencah buat sendiri tu..


First of all, kalau nk prepare bahan bahan untuk masak maggie goreng ni, rebuskan dulu maggie tu. Saya beli maggie kosong je sebab rencah kan nak buat sendiri


Lepas rebus maggie tu, toskan supaya memgelakkan maggie tu terus menerus kembang


Bahan-bahannya adalah;

1. 2 keping maggie
2. 2 biji telur
3. Satu pokok sayur sawi
4. Bawang merah 2 ulas
5. Bawang merah satu buji
6. Cili 6 biji
7. Separuh kiub pati ayam knoor
8. Satu sudu makan sos black paper
9. 2 sudu makan kicap cair
10. Satu sudu makan sos tiram
11. 3 sudu cili giling (homemade)
12. 3 Sudu makan sos cili dan sos tomato
13. Gula putih, garam dan satu sudu teh gula merah untuk bahan perasa


Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawmg merah dan cili sehingga kekuningan


Kemudiannya, pecahkanntepur ke dalam kuali. Dan biarkan sebentar sebelum menhancurkannya


Hancurkan telur tu sampai nmpak jadi macam ni. Ni jugak untuk pastikan telur tu betul betul masak


Kemudian masukkan cili giling dan kacau untuk elakkan daripada ianya hangit. Nanti hangit, pahit jadinya


Masukkan batang sawi dahulu kerana ianya ambil masa lama sikit untuk lembut dan sedap dimakan


Masukkan sedikit air


Pastikan sambal tu pecah minyak. Pastikan pecah minyak sebab kita kena pastikan cili giling tu masak


Lepas pecah minyak, masukkan kicap, sos tiram, sos tomato, sos cili, garam, gula merah, gula pasir, kiub pati ayam knorrdan sedikit air.  Masa ni penting untuk pastikan keenakan maggie goreng kita


Lepas masukkan semua tu, masak sebentar. Dalam 3 minit untuk astikan semua bahan sebati


Kemudian masukkan maggie yang telah ditoskan pada awal awal step tadi lagi. Saya buah basah2 sikit.


Then kacau kacau untuk sebatikan pula dengan maggie. Jangan guna api kuat kalau tak nak maggie tu hangus


Lepas maggie tu seakan akan sebati dengan maggie tu, masukkan pula daun sawi. Sawi bagus untuk badan..betol k? Hehe


Then kacau2 lagi dalam 5 minit dan boleh dah tutup api dan ambil pinggan untuk dihidangkan


Jeng jeng jeng, dah siap maggie goreng bujang style. Sambal telur ada lagi dan tambah pula cili jeruk. Matapp!!

*kalau ada yang tanya kenapa tak masukkan ayam sotong udang dalam ni. Jawapan saya senang je, name pon bujang. Susah la nak pegi beli bahan bahan basah. Kalau kat kampung, semua bahan basah ada dalam peti. Dan bila isikan benda tu semua, maggie goreng akan jagi lebih lebih sedap. Trust me

-Selamat Mencuba-

1 comment: