Wednesday, October 14, 2015

Sambal Telur



Telur Masak Sambal Merah

Sambil2 tengah bekerja ni, saya update satu entrylah cara bujang trang tang tang masak sambal telur. Super easy n super jimat. Yang paling penting sekali, super sihat (konon super sihat).hehe


Bahan-Bahannya adalah seperti berikut;

1. Telur ayam (direbus dan dibuang kulitnya)
2. Bunga lawang 1 kuntum
3. Kulit kayu manis sedikit (ikut kuantiti masakan)
4. Bawang putih dua ulas
5. Bawang kecil sebiji (bwang besar potong dua)
6. Cili 5 biji
7. Cili giling (cilibo and hommade)
8.satu sudu makan sos tiram 
9. Satu sudu makan sos cili
10. Garam dan gula sebagai perasa


First sekali, telur yang direbus tu dibuang kulitnya dan digoreng sehingga keperangan. Jangan sampai hangit, nanti liat


Goreng telur tu sampai warna nampak macam ni. Sedang2 je orang cakap. Lembut bila makan nanti



Okay, tumiskan bunga lawang dan kulit kayu mani sampai naik bau wangi. Kemudian masukkan bawang putih, bawang merah, cili yang telah dipotong. Tumis sampa bawang keperangan


Masukkan 3 sudu cili giling kedalam kuali. Ikut sukatan masakan sebenarnya. Tumis sampai pecah minyak. Pecah minyak ni macam minyak akan nampak berlapis antara sambal


Kemudiann masukkan sedikit air dan masukkan satu sudu makan sos tiram dan dua sudu makan sos cili. Perasakan dengan garam dan gula. Sukatan garam gula tu kena sesedap rasa


Dalam dua minit, masukkan telur yang telah digoreng tadi. Macam dalam gambar at atas


Okay siap lepas 3 minit kacau kacau dalam sambal tadi. Siap sedia untuk dimakan. Ni saya punya untuk sorang makan dan sekali makan sahaja.


Okay, lauk ni saya bawak bekal (tapau) pergi kerja. Simple saje, sambal telur dan sayur sawi goreng kilas. Next entry saya kongsikan cara masak sayur tu. Pasal bekal macam ni saje. Almaklumah, kos sara hidup semakin tinggi. Pulak harini (15/10/2015) tol dinaikkan. Malas nak cakap pasal politik sekarang ni. Kita hanya boleh mengeluh sendiri sahaja.

-Selamat Memasak dan Berjimat-

No comments:

Post a Comment