Wednesday, October 14, 2015

Resepi Oat


Nasi Goreng Sambal Oat

Hai readers, saya kongsikan cara nak buat nasi goreng sambal oat. Super simple and super sihat. Dan yang paling bagus bagi bujang macam saya ni, yang paling penting sekali adalah super jimat


Bahan Bahannya adalah seperti berikut;

1. Nasi putih
2. Sos tiram
3. Sambal ayam yang disejuk bekukan (homemade)
4. Bawang putih 2 ulas
5. Bawang merah satu biji
6. Satu pokok sawi
7. Cili 5 biji
8. Sebiji telur
9. 3 sudu oat
10. Black paper
11. Garam dan gula untuk perasa


Tumiskan bawang putih dan merah serta cili yang telah dipotong. 2 minit kemudian masukkan batang sawi. Seperti gambar di atas.


Selepas bawang dah kekuningan dan mengeluarkan bau wangi bahan yang ditumis, pecahkan sebiji telur (basuh dulu telur tu)


Hancurkan telur tersebut dan juga seperti gambar yang tertera kat atas. Masak ikot gambar jela harini


Masukkan 3 sudu sambal ayam yang homemade tu. Kalau nak tau buat sambal ayam, boleh usha2 semula entry saya sebelum ni


Selepas sambal tu nampak cantik dan sedap, masukkan satu sudu besar sos tiram


Kemudian masukkan nasi (nasi frozen - homemade). Ikut pada kuantiti nak makan. Saya makan sorang je, so dua senduk pon cukup. Nasi frozen saya ada kongsikan entry terdahulu


Lepas masukkan nasi, gaulkan nasi untuk sebatikan. Bagi nampak seperti dalam gambar di atas. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa. Garam tu secubit pon dah ok dan secubit gula


Kemudian masukkan daun sawi. Makanlah banyak sayur untuk jadi sihat.


Masukkan 3 sudu oat kedalam kuali. Dan kecilkan sedikit api untuk memastikan oat itu sebati dengan nasi. Teruskan kacau untuk elakkan ianya hangit. Selepas tu masukkan black paper


Hasilnya akan menjadi seperti di atas. Seriously, tak akan nampak oat tu dalam nasi goreng. Mana2 anak or kawan yang tak suka makan oat, boleh guna cara ni. Mereka akan ingat oat tu telur. Hehe


So, masukkan ke dalam pinggan untuk kita makan. Sedap kalau makan sekali dengn ikan masin dan cili jeruk. Yummy.

-Selamat Mencuba-

No comments:

Post a Comment