Wednesday, October 14, 2015

Terung Masak Kicap


Terung Masak Kicap Resepi Bujang Trang Tang2

Hai readers, hari ini saya kongsikan macam mana saya masak terung masak kicap. Bahan2 nya super mudah dan penting sekali super jimat. Makan makanan yang dimasak sendiri ni kita akan rasa lain kalau beli dekat kedai.. So, let start guys/ girl/ or whoever you are..hehe


Bahan-bahannya adalah seperti berikut;

1. Satu biji terung
2. Ikan bilis 20 ekor
3. Satu biji bawang kecil
4. 2 ulas bawang putih
5. Biji cili
6. Satu bunga awang dan sedikit kulit kayu manis
7. Black paper
8. Kicap cair dan kocap pekat
9. Sos tiram
10. Gula dan garam sebagai perasa
11. Air


Mula mula tumis bunga lawang dan kulit kayu manis, untuk menaikkan bau wangi


Kemudian masukkan bawang putih dan merah serta cili yang telah dipotong


Agak agak dah kekuningan bahan yang ditumis tu, masukkan air


Simole kan masak ni, kemudian masukkan kicap cair, kicap pekat dan sos tiram. Kaau nak sedap, masukan kicap cair tu lebih sikit.. Yummy...


Selepas mendidih, masukkan terung yang telah dipotong
*tips - terung ambil masa lama untuk masak, baik bubuh air banyak sikit untuk bagi terung tu betul2 masak.


Dalam masa yang sama, saya panaskan nasi bersama oat dalam non-stick frying pan. Kalau nak tahu macam mana nak masak nasi bersama oat, saya ada kongsikan dalam entry terdahulu


Kacau2 sebati terung tu, agak agak dalam 80 percent lagi nak lembut terung tu, masukkanlah garam dan gula. Ikot sesedap rasa


See, simple je. Kuah pon dah kering and terung pon dah masak. Bolih la makan sekarang..huhu


Memandangkan saya on diet, makan telur rebus jela. Nak beli ikan mahal. Nak beli ayam, banyak yang kene suntik. Tak sihat nanti..huhu.  Padahal sebab duit gaji dah nak habis..kiki

-Selamat Mencuba-

No comments:

Post a Comment