Saturday, August 18, 2012

Boleh kew Modem Broadband Jadi WIFI???


Mestilah boleh..

1. Langkah pertama, Bahan bahan yang perlu ada;

 i. Broadband dan Laptop.. connect internet dulu yea..



kalau agak2 broadband dah slow, jangan cuba..kompem2 tak jadi..huhu

2. Step kedua;



klik kat line wifi or broadband, pastu klik Open Network and Sharing Center.

3. Langkah ketiga;



 pastu, klik kat set up wireless ad hoc (computer-to-computer) network;

4. Langkah keempat;


sampai sini, susah sikit..tekan next jew..:)

5. Langkah 5;

 
sampai kat step ni, korang kene la create sendiri Network Name 
dan Security Key; 

6. Langkah 6;



okey, sekarang wifi pon da shampir siap. Kalau korang tekan
 Turn on Internet Connection Sharing, WIFI dah pon siap.


 kalau korang lihat, wifi dah pon jadi. kalau ada  mane-mane
Pc yang nak internet, kasi la password yang korang create 2...

SELAMAT MENCUBA...:)


Friday, August 17, 2012

Pernah Tengok x NASI AMBENG...????


Kalau ada yang tak pernah tengok or lihat or see, ini la Nasi Ambeng.. Kalau korang tengok dengan teliti, ad  

nasi putih;

kari ayam;

ikan masin;

serunding;

mihun goreng;

kacang goreng;

  
Semua jenis makanan ni akan diletakkan dalam satu dulang dan akan dimakan oleh 5 orang sahaja.

(kalau kaki 2 xde mungkin gambar 2 akan menjadi lebih menyelerakan aku rase)


Haaaa.... projek melantok (makan) pon bermula..YEHAAAA......!!!!!
 


Antara askar2 yang dapat melangsaikan apa yang diperkatakan sebagai "Nasi Ambeng"

(kalau tadi aku cakap hidangan untuk 5 orang, ni 4 je kan....inilah ASKAR MAKAN..huhu)


Then, inilah yang akan terjadi kalau sedap sangat nasi ambeng tu....Mantoppp!!!



Ni antara hidangan nasi ambeng yang lain. ianya bergantung kepada cara orang 2 nak jamu kita yang tahu datang nak makan jew...

mase ni ade;

nasi putih;

bihun goreng;

ikan masin;

dan kari ayam;


 Bagi aku la, walau macam mana pun cara nasi ambeng itu dihidangkan, ianya akan menjadi enak kerana kita akan makan secara beramai ramai dan berkongsi. Selain itu, kita juga dapat mengamalkan Sunnah Nabi..Dapat pahale ape. 2 la, bukan susah pun nak buwat pahale kann..huhu





Jaga2!!! Hadis Palsu Yang Telah Dikenalpasti Mengenai Fadhilat Solat Taraweh..




Kadang- kadang kita boleh tersilap tentang maklumat yang kita terima seperti yang selalu diperkatakan mengenai fadhilat atau pahala yang akan diterima apabila mengerjakan solat taraweh di bulan Ramadhan. Sekiranya kita berasa ragu-ragu mengenai sesuatu maklumat tersebut yang berkaitan dengan agama, kita haruslah merujuk kepada golongan yang lebih arif mengenainya supaya apa yang akan kita akan sentiasa berada di landasan yang benar.

Hadis hadis yang telah dikenalpasti palsu mengenai fadhilat solat taraweh;



Yang pertama;

Dikatakan bahawasanya pada malam pertama ramadhan, kepada mereka yang mengerjakan solat taraweh akan diampunkan segala dosanya sepertimana ia baru dilahirkan

Yang kedua;

Dikatakan apabila mengerjakan solat taraweh pada malam ke empat ramadham akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Yang ketiga;

Apabila mengejakan solat taraweh pada malam keenam ramadhan, Allah akan mengurniakan  pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Yang keempat;

Manakala pada malam ke tujuh ramadhan pula seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

Yang kelima;
 
Mengerjakan solat taraweh pada malam kelapan ramadhan pula, Allah akan mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

Yang ketujuh;

DInyatakan juga pada malam kesembilan ramadhan, Allah akan kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..

Apa yang saya kongsikan adalah daripada website Mufti
 Negeri Terengganu dan insyaaallah sumbernya boleh dipercayai.
 
Jadi, apa2 sahaja yang kita perolehi, perlulah kita untuk mengenalpasti sumbernya





Thursday, August 16, 2012

Resepi Tart Nenas Gebu


Nampak pon dah sedap kan..2 belum cube wat lagi...jom2..

HANYA 9 LANGKAH MUDAH DAN TANGKAS PLUS CEPAT UNTUK MENYEDIAKANNYA

Bahan-bahannya adalah;

1. Yang paling penting iaitu nenas;


kalau takde nenas memang tak jadi;

2. Telur ayam beberapa biji;


 harus dicuci terlebih dahulu sebelum menggunakannya;

3. Antara bahan terpenting juga, tepung gandum cap 1 Malaysia;


Ingat!!! cap 1 Malaysia jew

 4. Beberapa ratus duit ringgit malaysia (RM)

 wow!!! duit2..

5. Jari telunjuk;

6. Tunjuk kuih tart ni kat kedai ni;
 


7. Tunjuk kuih tart ni kat kedai tu;
 

8. Tunjuk kuih tart ni kat pasar tu;


9. Then, siap untuk dimakan..sesuai untuk juadah di hari lebaran..maaf zahir batin..

Tabiat Buruk Makan Pada Waktu Malam



Senarai makanan yang selalu dioder kalau up pada pukul 12 malam...

Minom apa mau..soalan mamak..
Dijawabnya; teh tarik satu..


Mamak tanya lagi...makan?
Dijawabnya lagi; mee goreng mamak sama roti kosong satu!!


Sedapppnyerr...


Ni pon sedap jugakk...

Jeng Jeng Jeng!!!!...

Antara kesan yang telah dikenalpasti mengenai kesan tabiat buruk makan pada waktu malam adalah seperti berikut;

1. Akan mengakibatkan masalah kesihatan dalam jangka masa panjang KERANA ia tidak memberi  peluang kepada makanan @ lemak untuk dicernakan.

2. Yang ke-dua Lemak yang terkumpul itu akan menyempitkan saluran darah dan menghalang pengalirannya menyebabkan beberapa jenis penyakit bergantung di mana penyumbatan itu berlaku,'' kata Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr. Tee E. Siong.

3. Seterusnya, Kajian menunjukkan bahawa lemak yang terkumpul di bahagian perut mempunyai impak negatif yang lebih buruk berbanding anggota tubuh yang lain.

4. Ia juga akan mengakibatkan Ia menandakan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat banyak penyakit seperti jantung, serangan angin ahmar, diabetes dan kanser.

5. Tambahan lagi,penyakit termasuk tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, masalah berkaitan tulang seperti artritis dan gout, kesukaran bernafas, hernia dan masalah berkaitan emosi.

6. Ada lagi, Sindrom Makan Malam (NES);

 i) Seseorang itu dikategorikan sebagai NES apabila menunjukkan gejala seperti tidak berselera makan pada waktu siang tetapi sebaliknya di sebelah malam;

ii) Mereka juga mengalami INSOMNIA dan ada ketikanya bangun empat ke lima kali dalam satu malam kerana lapar lalu bergegas ke dapur dan membuka peti sejuk;

Kalau rasa berat badan dah ideal, cuba kira mengikut BMI;

Cara pengiraan Indeks Jisim Tubuh (BMI):
(BMI merupakan pengukuran berat badan bagi menentukan tahap risiko kesihatan)

Contohnya: 50 kilogram (berat) dibahagi 1.56 meter x 1.56 meter (tinggi) bersamaan 20.54

Petunjuk BMI:

- Kurang 18.5 - kurang berat badan

- 18.5 hingga 24.9 - berat badan sihat

- 25 hingga 29.9 - berat badan berlebihan

- 30 hingga 39.9 - obesiti

- 40 ke atas - obesiti morbid (berpenyakit yang boleh mengundang maut).

LAPORAN KEPADA SESIAPA YANG MEMPUNYAI TABIAT NI...HENTIKANLAH..SAYANGI DIRI ANDA..:)



 


Roti Sardin Roll ( Juadah Berbuka )




BAHAN-BAHANNYA;

1. Roti potong (xkire cap ap pon)
2. Sardin 1 tin
3. Serbuk roti
4. Tepung gandum
5. Air masak
6. 2 biji telur 
7. Minyak untuk menggoreng

CARA-CARANYA;

1. Gelekkan roti sehingga nipis,

2. Bancuh 2 sudu besar tepung gandum bersama sama air masak sehingga ianya tidak terlalu cair,

3. Hancurkan ikan sardin tanpa membuang kuah dalam tin sardin, 
 
4. Gulungkan roti yang telah digelekkan bersama sama dengan sardin,

5. Kemudian, matikan gulungan dengan meratakan bancuhan tepung di hujung sekali supaya semasa gorengan supaya ianya tidak terbuka,

6. Renjiskan sedikit air ke semua roti yang telah siap digulung supaya ia akan lembut semasa dimakan,

7. Pukul telur terlebih dahulu dan celopkan roti yang telah digulung kedalamnya dan terus akhirinya dengan saduran serbuk roti,

8. Akhir sekali gorengkannya dan setelah warnanya keemasan, toskan terlebih dahulu. Dan iannya siap untuk dimakan tapi tunggulah azan maghrib dulu yer...

Wednesday, August 15, 2012

Malam Lailatul Qadar

Malam lailatul qadar berlaku dalam masa 10 hari sebelum menjelangnya hari raya. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan Hadis Rasulullah s.a.w di antaranya firman Allah s.w.t 1. Terdapat beberapa kelebihan sekiranya seseorang itu menghayati malam lailaul qadar: Kerana mulianya Lailatul Qadar, Rasulullah s.a.w menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. maksudnya, “Barangsiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu 2. Antara tanda2 Malam Lailatulqadar yang sering diperkatakan ialah: Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar: i. Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita ii. Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat iii. Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud iv. Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul

Tuesday, August 7, 2012

dalam bulan2 olimpik ni..google same2 geli je kan nak wat sukan kat url https://www.google.com.my/.. malam ni game bola jaring lak die wat..tapi not bad la kan skore aku untuk sukan ni..tapi korang kalau ad yang read my blog ni.. mesti try la..mesti kalau dah habis olimpk ni, google xkan buwat dah..huhu.. yang paling penting aq dpt 3 bintang untuk game ni...