Monday, September 28, 2015

Apa Yang Menarik Dekat Banting ( Bukit Jugra)

Bukit Jugra

Bukit Jugra ni terletak dalam area banting. Yang ada smartphone tu boleh la guna waze or google map. Then korang boleh la search bukit jugra. Semakin maju manusia, semakin mudah untuk travel.

Source: Google Map

Mana-mana yang nak pergi tu, boleh la open your google map or your waze then search bukit jugra. Seriously, korang tak kan rasa menyesal kalau pergi. Area ni banyak pokok dan nyaman. Sape2 yang suke berbasikal, boleh try datang try bukit ni.

Track hutan (model kelas atasan)

Kalau korang sampai sini, korang boleh la try track hutan. Mana2 yang sukakan suasana hutan dan hijau, boleh la try daki ikot track hutan. Korang boleh la datang pagi sebab sejuk. Kalau nak pergi pulak, pergi ramai ramai sebab kawasan ni agak sunyi tapi best. Banyak kawasan yang mencabar seperti melepasi batu2 besar dan pokok2 yang tumbang. Seriously mencabar fizikal

Puncak Jugra

Ni view dari atas puncak bukit kalau korang ikot track jalan raya. View cantik kerana banyak kawasan hijau yang masih dikekalkan. Tapi hati2 kerana kawasan ini sangat berdekatan dengan kawasan jirat cina. 

Puncak track hutan

Kalau korang ikot track hutan, korang jalan daki n straight sampai atas. Jangan mengalah kerana ada tidak akan akan menyesal. Kalau korang sampai puncak kalau ikot track hutan, korang celah celah masuk ikot pagar yang bocor. Korang akan nampak kawasan tentera darat yang telah ditinggalkan. Sangat usang dan maybe dibina semasa era peperangan kot.

This Is Jugra

Korang kalau nak bergambar dekat sini, korang kena ikot track jalan raya. Ikot track hutan tu boleh jugak tapi korang kene melepasi tinggalan tentera darat tu. Seriously korang tak menyesal. Boleh cuba masa time cuti sabtu ahad. Mana mana yang berkeluarga tu, boleh bawak family korang berbasikal or mendaki kat sini

...Nak sihat, jom ke jugra...

No comments:

Post a Comment