Monday, September 28, 2015

Apa Yang Menarik Dekat Banting ( Bukit Jugra)

Bukit Jugra

Bukit Jugra ni terletak dalam area banting. Yang ada smartphone tu boleh la guna waze or google map. Then korang boleh la search bukit jugra. Semakin maju manusia, semakin mudah untuk travel.

Source: Google Map

Mana-mana yang nak pergi tu, boleh la open your google map or your waze then search bukit jugra. Seriously, korang tak kan rasa menyesal kalau pergi. Area ni banyak pokok dan nyaman. Sape2 yang suke berbasikal, boleh try datang try bukit ni.

Track hutan (model kelas atasan)

Kalau korang sampai sini, korang boleh la try track hutan. Mana2 yang sukakan suasana hutan dan hijau, boleh la try daki ikot track hutan. Korang boleh la datang pagi sebab sejuk. Kalau nak pergi pulak, pergi ramai ramai sebab kawasan ni agak sunyi tapi best. Banyak kawasan yang mencabar seperti melepasi batu2 besar dan pokok2 yang tumbang. Seriously mencabar fizikal

Puncak Jugra

Ni view dari atas puncak bukit kalau korang ikot track jalan raya. View cantik kerana banyak kawasan hijau yang masih dikekalkan. Tapi hati2 kerana kawasan ini sangat berdekatan dengan kawasan jirat cina. 

Puncak track hutan

Kalau korang ikot track hutan, korang jalan daki n straight sampai atas. Jangan mengalah kerana ada tidak akan akan menyesal. Kalau korang sampai puncak kalau ikot track hutan, korang celah celah masuk ikot pagar yang bocor. Korang akan nampak kawasan tentera darat yang telah ditinggalkan. Sangat usang dan maybe dibina semasa era peperangan kot.

This Is Jugra

Korang kalau nak bergambar dekat sini, korang kena ikot track jalan raya. Ikot track hutan tu boleh jugak tapi korang kene melepasi tinggalan tentera darat tu. Seriously korang tak menyesal. Boleh cuba masa time cuti sabtu ahad. Mana mana yang berkeluarga tu, boleh bawak family korang berbasikal or mendaki kat sini

...Nak sihat, jom ke jugra...

Telur Itik

Kreativiti Telur Itik

Telur itik ni asalnya daripada itik, aku saje je bagi tahu kot kot ada yang tak pernah tahu dan ingin tahu. Telur itik ni warna putih dan berbeza dengan warna tepur ayam. Telur ayam biasanya warna coklat atau koko. Yang aku cuba ceritakan disini, antara kreativiti yang dapat korang buat apabila ada telur itik yang berlebihan. Antaranya;

Mimik Muka

Hasil imiginasi ni asalnya datang daripada seorang yang dah besar dan matang. Aku pon tak berapa pasti jenis mimik muka yang cuba disampaikan oleh si pengimiginasi ni. Tapi kan, nampak gaye imiginasi ni macam budak tadika..hahaha

Mimik Nganjing

Mimik nganjing ni dikhaskan untuk aku maybe. Muke ala2 jelir lidah. Untuk pengetahuan semua in case ada yang ingin tahu, mak dia ni bela itik, so dia ada banyak extra telur itik. So budak2 dajah tiga or sekolah rendah yang xde idea nak mekup telur2 itik or telur ayam, boleh cuba. Buat seronok seronok..haha



Sunday, September 27, 2015

Pankek Pisang


...PANKEK PISANG...

...RESEPI BUJANG...

Pankek maybe asalnya datang daripada negara barat dan menjadi ikutan segelintir manusia untuk mencubanya. Kalau kena dengan gaya dan bahan bahannya, pankek ini mampu untuk memberikan rasa seperti lempeng kelapa (pepnga). Disini saya ingin kongsikan resepi untuk membuat dan memasak pankek pisang.

Penkek pisang

Bahan-bahannya adalah; (3 sorang saiz xl makan)

1. Pisang emas 5 biji
2. 1 cawan tepung gandum
3. Satu s/t serbuk penaik
4. 1/2 s/t yis @ mauripan
5. 1 sudu gula
6. 1 Biji telur
7. 1/2 cawan susu segar (saya pakai susu tin cair)
8. 4 sudu makan yogurt

Kesemua bahan bahan tersebut harualah di dikisar/ diblender sehingga hancur dan lumat. Kemudian masukkan ke dalam bekas dan biarkan selama 15 minit sebelum menggoreng bagi mendapatkan hasil yang lebih baik

Pankek yang sedang dimasak

Adunan yang dikisar tadi haruslah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Untuk mendapatkan hasil seperti dalam gambar, adunan haruslah seperti yang saya cakap tadi. 

Setiap bahagian digoreng selama 3 minit dengan menggunakan api yang perlahan untuk mendapatkan hasil pankek yang cantik serta tepungnya masak. Nk makan peakek ni pula boleh sekali dengan madu or ais cream. Saya prefer ai crem vanilla.

Untuk memasak pankek ni, lebih baik menggunakan non-stick frying pan. Bukan apa, hasilnya akan lebih cantik dan semestinya tiada minyak. Kalau nak guna minyak, pastikan guna minyak zaiton. Ala, frying pan ni beli dekat giant j, RM 10 je pon.. Cuba tengok dekat giant sri kembangan.. 

Pankek apa ni?

Gambar yang saya kongsikan kan atas adalah percubaan pertama orang yang selalu saya sharekan pasal apa yang selalu saya masak. Beliau pon nak cuba buat pankek guna resepi saya. Malangnya, ini terjadi..hehe. Ini namanya pankek apa ya?? 

Pankek second trial

So lepas dia guna resepi yang sama then cuba buat lagi..Alhamdulillah, dia berjaya. Ini lagi baik dari first trial dia. Hahaha.. Gelak besar saya tengok pankek dia yang pertama..

So readers, selamat mencuba

Nasi Arab (Homemade)


Assalamulaikum guys/ readers. Disini ku buknlah nak kongsikan resepi untuk membuat nasi arab, tapi ku hanya untuk kongsikan apa itu nasi arab. Bukan nasi arab yang real made by orang arab, but made by mak kawan ku. So, korang pernah makan tak nasi arab? 

Nasi arab (malay style)

Seperti yang kalian lihat pada foto/ gambar di atas, bagi diriku yang first time makan nasi arab. My comment is "not bad" la. Sedap sehingga menjilat jari jugak. Yummylicious. Btw, diriku ni tak pernah lagi mencuba untuk membikin nasi arab. Nampak macam qenyah (banyak keja) nak kene buat.

Kalau lihat pada gambar tu, antara yang ada dalam nasi arab tu adalah seperti yang berikut;

1. Nasi arab
2. Gulai/ kari ayam
3. Sotong goreng kunyit
4. Daging goreng
5. Daging masak opo'

See, tu la yang namanya qenyah nak buat nasi arab. Kalau yang pernah makan nasi arab, boleh la share location tempat tu sebab mana tahu ku akan menuju kesana. Diriku ni tak pernah lagi makan nasi arab. 

Friday, September 25, 2015

Jus Rozell


Bukan susah nak bikin jus bunga rozell.. Semudah 1 2 3..... Seriously guys...

Bunga Rozell

Bunga rozell yang macam ni la yang paling sesuai untuk dibikin jus. Sedang elok dan matang untuk dibuat jus. Kalau terlalu muda atau tidak matang, rasanya akan tidak rasa sesedap yang diingini. 

Bumga rozell ni lepas petik daripada pokok, eloklah untuk diasingkan bijinya dan bunganya. Then boleh basuh dan toskan untuk supaya segala kekotoran dapat dibuang

Rebusan bunga rozell

Bunga rozell yang diasingkan bijinya kemudian di rebus dengan air. Seperti yang kalian lihat dalam gambar diatas, rebuskan bunga tersebut sehingga lembut dan mengeluarkan warna merah.. Selepas itu, asingkan antara bunga dan airnya.

Sejukkan dan simpan dalam peti jus tersebut. Untuk diminum, bancuh bersama air masak dan tambahkan gula.. Seriously sedap.. 

Selamat mencuba


Wednesday, September 23, 2015

Bunga Rozell


Hai readers, korang pernah tengok tak pokok rozell?? Btw, pokok ni agak femes jugak dekat malaysia kerana ianya sedap sekiranya dijadikan juice. Dulu aku pernah terlihat dekat negeri sembilan yang ada mengusahakan kebun rozell. 

Pokok Rozell

Aku tahu yang ramai tak pernah lihat pokok ni tapi pernah minum jusnya. Kalau yang pernah minum, rasanya seperti buah ribena. Warnanya jusnya juga sama seperti ribena. Should try this one guys.

Putik bunga rozell

Putik bunga ini tidak boleh lagi digunakan untuk dijadikan jus. Aku just nak bagi view yang lebih jelas kepada kamu semua mengenai larar belakang bunga rozell

Bunga yang mekar

Selepas putiknya mencapai usia matang, ianya akan mengeluarkan bunga. Selepas bunga ini gugur, ia mencapai usoa yang matak untuk dipetik dan dijadikan sebagai juice

Bunga Rozell

Ok readers, inilah bunga rozell yang sudah dipetik. Bunga inilah yang akan digunakan untuk membikin juice. Nampak pelik kan bunga ni tapi seriously guys, jus bunga ni sangat sedap. 

Readers, untuk membikin jusnya, aku akan share untuk next entry. Just wait and see. 

Tuesday, September 22, 2015

Sarapan (Resepi Diet)


Assalamualaikum and salam sejahtera guys.. Mana mna yang perlukan makanan diet untik sarapan bagi mengekalkan makanan yang sihat serta diet yang seimbang.. Boleh la try makan macam ni.. Rendah kolestrol dan kenyang


Ini sarapan bile hari sabtu ahadku.. Rajin sikit guys.. Nak sihat kan....

Menu sabtu ahad antaranya; 
1. Telur 2 biji (digoreng menggunakan non stick frying pan)
2. Hot dog low callory n non preservative
3. Lempeng oat (makanan ni ni paling sedap)


Ni hasil imiginasi seseorang tentang sarapan aku.. Adoi, boleh die buat gini breakfast aku..

Untuk entry seterusnya aku akan kongsikan resepi untuk masak menu ni


Resepi Kek Tiramisu


Resepi ni dikhaskan kepada jejaka2 tampan seperti saya untuk membikin kek tiramisu yang super easy dan super jimat... Hehehe

Kek Tiramisu

Bahan-Bahannya adalah;

1. 1 bungkus biskut cream cracker (prefer brands Hup Seng)
2. Satu tin susu cair
3. Setengah tin susu pekat
4. 2 cawan air masak
5. 2 sudu tepung jagung
6. Secubit garam
7. Milo
8. Air kopi tanpa gula "1 sudu kopi" (untuk membasahkan biskut)

Cara untuk membikinnya adalah seperti berikut;

Step Pertama
1. Masukkan susu cair, susu pekat, dan air kedalam periuk dan panaskan.
2. Setelah agak-agak panas, masukkan secubit garam
3. Kemudian, masukkan tepung jagung yang telah dilarutkan dengan setengah cawan air masak
4. Kacau lebih kurang 3 minit untuk memastikannya pekat sedikit

Step Kedua
1. Kilas rendam ( rendam sekejap je. Dalam 3 saat) biskut kedalam air kopi dan susun ke dalam bekas
2. Tuangkan larutan daripada step pertama ke dalam bekas tersebut (cover untuk tutup biskut tu sahaja)
3. Taburkan milo di bahagian at as
4. Kemudian, ulangi untuk susun biskut larutan step pertama dan milo (buat 2 lapisan)
5. Sejukkan sebentar Dan masukkan ke dalam peti ais (biarkan ianya sejuk selama 4 jam)

Step Ketiga
1. Ambil sudu, duduk besila n makannnnn...

Selamat Mencubaaa..


Monday, September 21, 2015

Jemput Jemput (Bujang Style)


Assalamualaikum Dan salam sejahtera hendaknya kepada readers.. Especially bagi mereka yang status macam aku lagi.. Bujangg...

Bukan susah nak buat jemput jremput ni.. Sebab APA?? Sebab kita juga yang akan memakannya nanti.. Hahaha


Bahan - Bahannya adalah ;
1. Tepung gandum 7 sudu makan
2. Bawang besar 1 biji
3. Ikan bilis sejemput
4. Minyak masak satu sudu (masukkan dalam adunan)
5. Garam secubit
6. Serunding (sebab ada extra mase Raye dulu)
7. Hujung sudu soda bikarbonat
8. Air
9. Minyak untuk menggoreng


Cara caranya adalah;
1, Gaulkan sebati semuanya Dan biarkan selama 5 minit
2. Panaskan minyak dalam kuali Dan bersedia untuk menggoreng
3. Goreng2 sampai macam kekuningan..angkat Dan toskan
4. Siap untuk dimakan bersama sama budak rumah sewe

Pssttt..... Ni budget untuk 3 orang makan...



Kucing Comel


Kucing adalah haiwan kesayangan Nabi.. So, adalah baiknya kita pon sayang kucing.. That what we call sunnah...

Lagi satu maklumat, kebanyakan perempuan dalam dunia ni suka pada lelaki/ kaum adam yang sayang kepada kucing.. INI bukan auta, tapi fakta..huh


Terdapat pelbagai spesis/ jenis kucing yang ada di dalam dunia ini. Tengah aku besiar siar terlihatlah kucing Comel sangat.. Muka kucing no ala2 menyedihkan, tetapi Comel law.,.


Dapat dilihat dengan jelas ekpresi muka kucing ni.. Kalau nak diikutkan, kucing ni aku rasa daripada baka siam.. Tapi kalau daripada baka siam, kenapa bulunya tak lebat.. Bulunya hanya kembang sahaja.. Jumpa Tuan kucing ni, then Tuan dia memang menamakan kucing dengan nama kembang..



Selidik punya selidik, rupanya kembang ni ada anak.. Sumpah , memang Comel anak anak kembang ni.. Yang paling Comel sekali warna yang bergaris garis tu... Nak mintak sekor..tuan die tak bagi at as sebab terlalu menyayangi kucing2 tersebut...



Majlis Perkahwinan ( Malay Style)

 Selamat Pengantin Baru Kawan

Kompang dipaluu pengantinn baruuuu....
Duduk bersandinggg tersimpul maluuuuu....

Inilah Lagu yang sereing kita dengar apabila menghadiri majlis perkahwinan

Kebanyakan perkahwinan dalam adat melayu akan ada pelamin.. So pelamin inilah yang akan menjadi tempat untuk menjalankan sesi photoshoot yang paling cantik di sekitar majlis perkahwinan.. 


Sekitar majlis perkahwinan rakanku... Perjalanan jauh Dari KL ke peghelis hanya mengambil mass selama 8 jam sahaja dengan kelajuan 110 km per hour.. Berbaloi rasa perjalanan jauh demi melihat kawan bahagia.. Yun, aku akan ingat hang kata aku budak kampung..hahaha


Gambar sekitar jalan nak kelaur daripada dewan.. Sempat saja untuk adakan photoshoot.. Tumpang bahagia katakan..Mana tahu seru until turn aku cepat sikit nanti., aminnn


Inilah jejaka2 bujang yang masih belum berpunya kecuali diriku..huhu.. Sesiapa yang merasakan diri tu bujang, boleh pm aku and aku sedia membantu..huhuhu