Wednesday, February 5, 2014

Apa Yang Menarik Kat Singapura ( Buleh Pergi Tengok MERLION)



KORANG TAU TAK MACAM MANA RUPA MERLION ?? KALAU NAK TENGOK, MAI SINI LEKAS...

 Say yaww to all my readers... Hari ini aku nak cerita sikit pasal Singapura. kot kot la dapat bantu korang pergi tempat tempat menarik kat Singapura ni. Aku nak kasi tahu, kalau orang selalu cakap yang Singapura sebagai Kota Singa

 Seperti gambar di atas, sedikit translation akan aku lakaukan..hehe Merlion ni di bina sebagai simbol welcoming pengunjung ke Singapura. Mase aku pi sane, Merlion ni adalah gabungan kepada dua jenis haiwan iaitu Mermaid dan Lion. Korang plak jangan tanya kenapa dua ekor binatang itu digabungkan...hehe

 Aku rase la, Mermelion ni duduk dalam air selepas kacukan berlaku. Almaklumlah, tak kan nak duk atas darat kalau ada pancutan air dekat mulut Mermelion ni kan. Ni adalah antara mini Mermelion yang dibangunkan disini.

 Ini la Mermelion dalam saiz XXXXXXL..hehe. besar kan. Aku nak komen sikit la, tempat ni perlukan penyelenggaraan sedikit la. Almaklumlah, tempat tarikan pelancong kan. Kene la jaga bersih bersih. 

 Kalau korang datang kat sini jugak, korang dapat la tengok Marina Bay yang indah dan mewah dan mahal..hhe. Marina Bay ni unik sebab ada kapal kat atas..hehe

 Gambar ni saje je aku uploadkan sebab nak buktikan bahawa kalau korang datang dekat Mermelion ni, korang dapat tengok Marina Bay. Tapi dari jauh jela..hehe.. Nampak tak tiga orang model tak bertauliah sedang pose..haha

 Bagi gambar ni aku saje nak buktikan bahawa tempat ni tak putus putus mendapat kunjungan pengunjung daripada dalam dan luar negara Singapore ni. Kalau korang tengok background tempat ni, cantik kan susunan bangunan bangunan. Indah jew

Ini antara group semasa kami travel dekat Singapura. Almaklumlah, kami ni kan tourist, semua benda kat Singapura ni kami hampir pergi la..huhu

 Sekali lagi aku uploadkan gambar Mermelion. Bukan apa, memang post aku kali ni pasal Mermelion, so banyak la gambar Mermelion kan. Tapi kan, kalau korang datang sendiri ianya lagi cantik la..

So, ini la gambar terakhir kami sebelum kami beredar daripada kawasan ni. Korang boleh la ambil contoh posing camni kalau korang dah sampai kat sini..hehe


SEDIA BERKHIDMAT UNTUK MERMELION..HEHE

Tuesday, February 4, 2014

Apa Yang Menarik Kat Bukit Broga ( Hampa Buleh Tengok Matahari Terbit Yaww)


SUKA CABARAN !! TAK PERNAH TENGOK MATAHARI TERBIT !! SUKA MENDAKI !! HAMPA MAI DATANG SINI CEPAT..


Assalamualaikum dan selamat sejahtera aku ucapkan pada readers. Kalaulah korang rasa nak beridah, korang boleh la datang dekat Bukit Broga. Bagi aku la, lepas datang sini, rasa cam nak datang lagi je. Bagi orang Selangor, diorang mesti da biasa dengar pasal Bukit Broga. Almaklumlah, Bukit Broga ni memang la kat Selangor pon.hehe


Tapi ini cerita aku semasa mendaki. Aku syorkan, kalau la korang datang sini, baik korang datang dalam kumpulan. So, ni la antara geng geng mendaki aku. Penat sangat study, kami pon decide nak hilangkan stress dengan pi mendaki..huhu. Mase ni kami gerak dalam pukul 2 pagi daripada Shah Alam.. Orang kata, kalu nak datang Bukit Broga, baik datang sebelum subuh dan mendaki sebelum subuh.. 


Okey, sampai lah kami kat Bukit Broga ni. Tengok pada gambar, kami dah pun mendaki. Mase ni subuh lagi dan mase ni matahari tak terbit lagi. So, sempat nak daki ke puncak bukit untuk lihat matahari terbit. Mase ni rehat sekejap, penat sangat gamoknye. Mase ni kami tak bawak ape ape, means makanan dan minuman langsung takde...sedeyy


Mengikut gambar di atas, mereka adalah geng geng mendaki aku, mereka jugak merangkap kepada model gambar simpanan aku..huhu..Bukan nak tipu, tapi pemandangan kat atas ni memang cantilk. Kalau tak percaya, mari mendaki dan tengok sendiri..huhu


Antara photo shoot yang sempat dilakukan..hehe Mereka mereka ni kawan belajar aku. Aku rase la, kalau nak gambar pengantin pon boleh. Tapi, masak dan ketiak basah la pengantin nak naik sampai ke sini..hehehe


Semakin banyak gambar, semakin banyak la model yang paparkan..hehe.. Kalau korang tengok kat gambar tu, itulah sedikit cabaran yang korang akan hadapi semasa melakukan pendakian. Satu lagi aku nak cakap, kalau suka udara segar, mai sini,. Sebab segar adalah kerana kawasan hijau sini tersangatlah banyak..



Oleh hal yang demikian, ini adalah antara gambar gambar yang menjadi pilihan aku untuk dipaparkan kepada umum. Bagi aku, ini antara gambar yang mampu menunjukkan keindahan yang akan korang dapat bila mendaki Bukit Broga ni. Keindahan alam semulajadi kadang kala tidak dapat diterjemahkan dalam gambar, so baik datang untuk alaminya sendiri..huhu


SEDIA BERKHIDMAT UNTUK BUKIT BROGA


Thursday, January 30, 2014

Apa Yang Menarik Kat Tasik Chini ( Macam Macam Adooo )



KALAU NAK TAU LAGENDA NAGA TU BETOL KE IDOK, MAI DATANG SINI CEPAT


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Harini post aku adalah pasal tasik chini. Ala, yang orang duk cakap ada naga tu...huhu. bagi aku, semuanya adalah lagenda dan ada yang cakap ianya suatu mitos. Lagenda akan kekal sebagai lagenda manakala mitos harus dilupakan sahaja. 


Berdasarkan gambar diatas, kalau korang datang ke Tasik Chini ni, kat entry tu korang akan nampak replika naga. Replika ni dibuat supaya menjadi daya tarikan orang ramai untuk datang ke sini. Kalau korang nak tido kat sini pon boleh, kat sini jugak disediakan chalet untuk disewa. Kebanyakan penyewa chalet kat sini adalah foreigner. So, gambar ke empat tu menunjukkan bahawasanya ikan yang hidup liar amat jinak dengan manusia, percayalah cakap saya..hehe


Gambar ni pula diambil masa kat jeti.Waktu ni, aku pergi dengan kawan kawan aku. Almaklumlah, kawan datang kampung aku. So aku bawak la diorang melawat mana mana kawasan yang menarik kat area Chini ni. From my opinion, diorang agak sedikit excited, tapi bagi aku..hurrmmmm, biasa biasa saje sebab dah selalu datang..huhu


Mase ni plak, aku sewakan boat supaya diorang dapat la ronda ronda kawasan tasik ni. Harga yang ditawarkan berpatutan dengan perkhidmatan yag disediakan. Kalau korang ada luck, korang boleh la petik bunga teratai dan makan teratai punya seeds.. Sedap la jugak..hehe


Gambar yang ini pulak menceritakan antara laluan yang digunakan untuk meneroka kawasan tasik. Kalau korang suka dengan alam semula jadi, aku syorkan korang datang sini sendiri dan alaminya...huhu


Korang kalau naik boat ni, korang boleh request untuk singgah sebentar di perkampungan orang asli yang tinggal kat tasik chini ni. Kat sini korang boleh la tengok cara hidup diorang dan apa aktiviti harian diorang kat sini. Ala, sekadar untuk menambah pengetahuan.


Alang alang korang dah dekat sini, apa kata kalau korang cuba untuk menyumpit. Rasainya sendiri bagaiman sukarnya untuk menyumpit. Bagi orang asli disini, mereka memburu dengan menggunakan sumpit. Kat sini juga, diorang juga menyediakan hasil kraftangan yang boleh dibeli untuk dijadikan sebagai cenderahati. Then, lepas pada ni, korang akan kembali ke jeti semula dan kembali untuk meneroka kawasan tasik chini yang menyediakan pelbagai aktiviti. Mase ni pon aku bawak dorang dah petang, so banyak aktiviti yang diorang tak dapat lakukan seperti menunggang kuda, kayak dan lain lain lagi..Next time la kawan kawan..huhu


SEDIA BERKHIDMAT UNTUK TASIK CHINI TERCINTA



Tuesday, January 28, 2014

Apa Yang Menarik Kat Sungai Sedim, Kedah ( Boleh Main Water Rafting )



KALAU HAMPA SUKA SUKAN EXTREME, HAMPA MAI SINI CEPAT!!


So aku akan bagi taw yang Sungai Sedim ni berada di Negeri Kedah Darul Aman. Bagi mereka yang tinggal kat kedah, boleh la pergi selalu kann..hehe..Lagi seronok kalau pergi time sabtu, ahad atau cuti umum. Tapi bagi aku la kan, aku lagi suke kalau pergi time hari biase sebab kurang orang dan harganya lebih murah..hurmmm.kan2. 


Jadi, bermula lah aktiviti ber water rafting aku. Yuhuuu, sumpah best sebab aku tak pernah wat aktiviti extreme..hehe. Tapi korang jangan risau kalau first time pon sebabnya kat belakang kita ada instructor. So die akan guide kite bekenaan apa yang akan kita lakukan. Tapi bagi aku la, cuak gak r..huhu


Antara halangan halangan yang pelu kita tempuhi seperti curam yang agak mendebarkan, bagi aku la. Ala, kalau korang tengok macam biasa kan, tapi cuba la korang try cuak ke tak naik mende ni..huhu Wa cabar sama luuuuu...


Haaa.. kalau korang kat belakang sekali tu, die la instructor bagi group aku. Mulut die memang tak reti nak senyap dan die akan kita kayu n kayuh n kayuh, penat wooo... Tapi kalau tak ada die la, apa yang kene wat pon tak tahu. Entah entah kat atas batu pon kayuh...Over kan aku..hahaa


Ayuh, kayuh lagi dan kayuh lagi. Banyak lagi halangan dan cabaran yang menanti kita kat hadapan kawan kawan. Macam tu la bunyinye mase kat dalam boat ni..hehe


Mase ni, kami berehat sebentar selepas penat menempuhi halangan halangan. Bukan apa, instructor tu cakap penat..ciss..haha.. 


Yeargh!!!!... bermula lah lagi cabaran yang seterusnya untuk water rafting ni. Seperti yang aku cakap, nampak cam biase biase kan, tapi sebenarnya memang mendebarkan. Tapi sebenarrnya memang menterujakan..hehe


Akhirnya kami berjaya menempuhi beberapa halangan yang ada. Ada beberapa halangan yang ditempuhi tidak dipaparkan kerana kualiti gambar yang rendah. huhu.. So lepas sampai ke penamat, kita terpaksa mengangkat boat tu kat atas semula. Ni je la yang tak syok..huhu.. bukan apa, penat penat kayuh kene pulak angkat bende ni semula. Ini tidak adil!!..huhu


SEDIA BERKHIDMAT UNTUK WATER RAFTING SEDUNIA



Monday, January 27, 2014

Apa Yang Menarik Kat Sungai Sedim, Kedah ( Boleh Pi Tree Top Walk )


AKU TAU HAMPA TAK PERNAH MAI KAN.. SO BAIK HAMPA MAI.. SHIOKKK WOOO


Pertama kali bila korang sampai kat tree top walk ni, ini antara yang korang akan nampak dulu, Bagi mereka yang kaki gambar, memang korang boleh ambil gambar kat sini sebagai background..hehe. Satu lagi, jalan nak naik kat sini berbukit dan memerlukan sedikt pendakian. 


Sebelum korang jumpa kaunter pertanyaan, benda benda yang korang akan jumpa dulu. Seingat aku la, board ni bagi taw jenis pokok yang ada kat sini. Selain itu, dipaparkan juga bagaimana projek ni berjalan dan berapa kos yang telah digunakan untuk menjayakan projek ni.. So korang kalau sampai, silalah baca ye..


Gambar di atas menunjukkan yang korang kalau sampai sini masih perlu membaca lagi. Bukan apa, membaca kan jambatan ilmu.


Haaa... bermulalah perjalanan tree top walk ni. Bagi mereka yang sedikit gayat cam aku ni, memang agak ketar lutut..haha. Tapi bagi mereka yang berani, steady jela. Satu lagi, udara dari level atas kanopi ni memang segar.. Amat menyamankan..uuuuuu.. Aku syorkan orang yang selalu sibuk dengan kerja datang kat sini, bolehla release tension...hehe


Kalau korang datang kat sini, korang boleh la tengok sekitar laluan yang super awesome ni. Diorang ada lak jugak letakkan info mengenai tree top walk ni. Cuma info yang disediakan tu kurang selenggaraan..hehe. 


Mengikut hipotesis, semakin jauh perjalanan, semakin meningkat katinggian kita daripada tanah. Jadi bagi orang yang macam aku, lagi meningkat kadar keketaran lutut..haha


Gambar dekat atas ni menunjukkan yang kami dah semakain sampai ke tempat penamat. Kalau aku tengok jam balik, perjalanan kami dekat sini kira kira 30 minit atau bersamaan setengah jam..woww..haha. so, baik korang datang sini, tak ade yang tak bagus.. Semua bagus.. 


SEDIA BERKHIDMAT UNTUK TREE TOP WALK SUNGAI SEDIM


Sunday, January 26, 2014

Apa Yang Menarik Kat Pulau Pinang ( Boleh Pi Butterfly Farm )


KALAU NAK TENGOK RAMA RAMA HIDUP DARIPADA PELBAGAI SPESIS, HAMPA MAI LA SINI..


Gambar rama rama ni sangat la besar dan diletakkan kat depan pintu masuk farm ni. Aku percaya,kalau korang tengok, itulah rama rama yang paling besar korang pernak tengok dalam hidup korang. Ada satu tapi tentang rama rama ni, ianya sebenarnya daripada spesis simen..hehe.. Ini bermakna ianya hanya replika sahaja.. So janganlah beria sangant..kehkehkeh


Gambar kat atas ni pulak adalah tempat pembiakan atau tempat transformation ulat kepada kepompong dan seterusnya kepada rama rama yang cantik. Semua ni diorang kumpul daripada keseluruhan kawasan farm ni yang ulatnya telah bertukar kepada kepompong dan diletakkan dalam ni. Kalau korang ada luck cam aku, boleh tengok live kepompong tu keluar menjadi rama rama..huhu


Korang jangan la percaya dengan nama yang aku tulis tu. Bukan apa, aku ni bukan tahu sangat spesis spesis rama rama ni. Tapi kan, rama rama kat sini semuanya jinak dan kadang kadang singgah kat badan kita.


Antara rama rama lain telah tidak dapat dikenalpasti ianya daripada spesis apa. Tapi bagi aku semuanya cantik cantik.


Ni la antara spesis ulat sebelum ianya bertukar kepada rama rama. Aku ingat lagi, kalau mase aku kecik, aku ngan kawan kawan aku panggil ni ulat karen. Kalau jumpa, amik kasi ayam makan...haha.. agak kejam gak la mase dulu dulu.


Ni pulak antara spesis rama rama yang telah mati. So diorang tak nak buang, so diorang awetkan untukdipamerkan kepada umum. Sumpah cakap kau, banyak giler rama rama, ada beribu ribu spesis. Selain tu, diorang letak jugak unggas hutan yang lain kat sini..


Rama rama yang telah diawet dan disertakan juga dengan nama nama saintifiknya.


Ni la Bunga Raya, bunga kebangsaan kita. Bunga ni diletakkan disitu supaya rama rama dapat menghisap madu yang ada kat bunga tu.


Rama rama putih tu pulak seingat aku adalah sebesar dua telapak tangan. Sangat besar dan agak gerun gak la kalaulah tengok rama rama ni masih hidup dan terbang kat kita..hehe..over kan aku..


Selain daripada rama rama, Diorang jugak sediakan binatang binatang lain untuk dipamerkan kepada umum. Ulat ni kalau kita biasa tengok adalah sebesar lidi penyapu sahaja, tapi kali ni ianya sebesar IBU JARI.. Sangat besar dan menggerunkan..Over sekali lagi..hhuhu


SEDIA BERKHIDMAT UNTUK PERSATUAN RAMA RAMA SEDUNIA


Saturday, January 25, 2014

Apa Yang Menarik Kat Hulu Langat, Selangor ( Boleh Pi Sungai Gabai )



AIR TERJUN SUNGAI GABAI..HAMPA PERNAH PI TAK??


Sungai Gabai ni terletak di Daerah Hulu Langat dan berada dalam Negeri Selangor. Mana mana yang minat beriadan dan mandi manda, aku syorkan korang boleh la datang untuk mandi dan boleh beriadah dengan family atau keluarga. 


Ye la, bukan selalu dapat beriadah bersama sama dengan family kan, setelah sibuk 5 hari bekerja, eloklah kiranya luangkan sedikit masa dengan falimy dengan mandi manda kat air terjun ni. Sabtu or ahad sedang elok la kalau nak datang sini. Lagi ramai yang datang, lagi meriah tempat ni.


Kalau korang tegok gambar yang aku upload dalam blog ni, bagi aku amat menarik kan. Tapi kalau korang tengok live, tempat ni lagi cantik sebenarnya. Penuh dengan tumbuh tumbuhan. Jalan nak ke tempat ni pun redup jek. Sedap mata memandang. huhu


Gambar kat atas ni saje je aq upload sebab nak tunjuk betapa jernihnya air ni. Bukan setakat jenih all the readers, tapi sejuk sampai tulang woo. 


Tengoklah gelagat geng geng aku sedang mandi manda kat sini. Layan habis.. Yla, cari masa sikit untuk beriadah.. Kami sebenarnya daripada Shah Alam, sejam je ambil masa nak datang sini, bila datang sini memang syok la..huhu


Ni ha lagi aku nak tunjukkan gelagat geng geng aku. Masa ni tak berapa nak ramai orang datang sebab kami datang paling awal. Kalau tak silap kami sampai awal pagi..



Salah seorang kawan aku cuba untuk menghampiri aku. Trick nak kasi basah r tu.. Tapi tidak kesampaian kerana aku terer dalam berlari.. So, aku tak basah, die kecewa..haha


SEDIA BERKHIDMAT UNTUK SUNGAI GABAI