Saturday, January 25, 2014

Apa Yang Menarik Kat Hulu Langat, Selangor ( Boleh Pi Sungai Gabai )



AIR TERJUN SUNGAI GABAI..HAMPA PERNAH PI TAK??


Sungai Gabai ni terletak di Daerah Hulu Langat dan berada dalam Negeri Selangor. Mana mana yang minat beriadan dan mandi manda, aku syorkan korang boleh la datang untuk mandi dan boleh beriadah dengan family atau keluarga. 


Ye la, bukan selalu dapat beriadah bersama sama dengan family kan, setelah sibuk 5 hari bekerja, eloklah kiranya luangkan sedikit masa dengan falimy dengan mandi manda kat air terjun ni. Sabtu or ahad sedang elok la kalau nak datang sini. Lagi ramai yang datang, lagi meriah tempat ni.


Kalau korang tegok gambar yang aku upload dalam blog ni, bagi aku amat menarik kan. Tapi kalau korang tengok live, tempat ni lagi cantik sebenarnya. Penuh dengan tumbuh tumbuhan. Jalan nak ke tempat ni pun redup jek. Sedap mata memandang. huhu


Gambar kat atas ni saje je aq upload sebab nak tunjuk betapa jernihnya air ni. Bukan setakat jenih all the readers, tapi sejuk sampai tulang woo. 


Tengoklah gelagat geng geng aku sedang mandi manda kat sini. Layan habis.. Yla, cari masa sikit untuk beriadah.. Kami sebenarnya daripada Shah Alam, sejam je ambil masa nak datang sini, bila datang sini memang syok la..huhu


Ni ha lagi aku nak tunjukkan gelagat geng geng aku. Masa ni tak berapa nak ramai orang datang sebab kami datang paling awal. Kalau tak silap kami sampai awal pagi..



Salah seorang kawan aku cuba untuk menghampiri aku. Trick nak kasi basah r tu.. Tapi tidak kesampaian kerana aku terer dalam berlari.. So, aku tak basah, die kecewa..haha


SEDIA BERKHIDMAT UNTUK SUNGAI GABAI


Friday, January 24, 2014

Apa Yang Menarik Kat Langkawi( Boleh Pi Tengok Belangkas a.k.a Alien )


BELANGKAS?? HAMPA PERNAH TENGOK TAK??


Kalau korang nak tahu, belangkas ni diorang bela untuk dijadikan daya penarik untuk pelancong datang ke Langkawi, Kedah. Kepada sesiapa yang tak pernah tengok live depan mate, boleh lah ajak geng geng or family datang tengok. Macam gambar kat atas ni, brader ni guna tenik apa tah untuk tarik perhatian belangkas ni supaya datang kat dia, Then brader ni akan tangkap.. Cruel right..haha


Ok, gambar yang kedua ni adalah wajah sebenar belangkas. Sebelum ni aku pun tak pernah tengok live. Dalam aku sibuk mengkaji binatang ni, ada la pulak pelancong seperti aku gosip gosip cakap belangkas ni sebenarnya ALIEN.. Aku pun jadi "?????"..what, die boleh ckp binatang ni alien.. Tak patot betol. 


Gambar yang ketiga ni pulak adalah gambaran belangkas daripada bahagian bawahnya... Bagi aku la, nampak macam ketam pun ada.. Tapi ketam versi yang lebih besar. Aku ada tanya brader yang kerja kat sini masak apa sedap belangkas ni.. Then brader 2 pun jawab la," masak lemak la sedap".. Aku pun terliur tengok si belangkas ni..hehe.. Almaklumlah, dari pagi sampai tegah hari aku tak makan makan lagi.. hehe


SEDIA BERKHIDMAT UNTUK PERSATUAN BELANGKAS SEDUNIA


Thursday, January 23, 2014

Apa Yang Menarik Kat Shah Alam ( Pasar Malam Ditutup Waktu Maghrib "Respek!!" )


Pasar Malam Padang Jawa Ditutup Sementara
 (Masa : 20 Minit)



Sebagai salah seorang yang menetap sementara di Shah Alam ni, aku suka cara pengurusan pihak yang menganjurkan pasar malam kat kawasan ni.. Bukan apa, banyak banyak pasar malam yang aku kunjungi, xde lagi yang berjaya untuk menerapkan cara sebegini. Bukan kita nak salahkan peniaga yang berniaga pada time maghrib, tapi salah para pelanggan juga sebab x reti base k nak membeli time lpas maghrib2..hehe

Kalau la nak ikot pengalaman aku pergi membeli belah kat sana, peniaga peniaga paham kalau time maghrib diorang tak akan menjual walaupun kita "bodek" @ pujuk..hhehe..sebabnya aku pernah membodek, tp x dpat nak beli... Dalam mase 20 minit 2, akan ada pengawal Rela yang akan berkawal di kedua dua pintu masuk pasar ini dan memerhati samada ada mahupun tidak peniaga yang melanggae peraturan yang telah ditetapkan.. Apa apa pun, kita RESPEK pengurusan cenggini.. Kan lebih afdhal..


SEDIA BERKHIDMAT UNTUK PADANG JAWA


Apa Yang Menarik Kat Chini ( Rumah "Homestay" Untuk Disewa )


RUMAH TAMU... ANDA DIPERSILAKAN :)


Sedang bersiar siar di kampung ku yang indah permai ini iaitu Chini Pekan Pahang Darul Makmur, ternampaklah pulak iklan homestay.. Dalam aku duk suvey2, harga yang ditawarkan agaklah berpatutan, boleh nego lagi..huhu.. Dalam pemerhatian aku, homestay ni fully furnished dan die punye owner agak peramah dan amat menitikberatkan para pelanggannya. Kalau hampa x caya, cuba la p try sewa..huhu


Antara kelengakapan yang disediakan adalah seperti yang berikut, ini pun berdasarkan pemerhatian aku la..

1.  3 bilik tidur
2.  2 bilik air
3.  Ruang tamu yang luas
4.  Tambahan juga disediakan bagi jumlah tetamu seperti;

i.  Toto
ii.  Bantal
iii.  Selimut


Kalau ada yang berminat untuk menginap, boleh lah membuat tempahan awal kerana selalunya full booked. Actualy, paling laris tempahan adalah pada hari cuti umum kerana masa ni banyak kenduri kendara dalam area Chini ni.. Tempahan bolehlah dilakukan pada nombor yang telah diberikan. 

Sedia Berkhidmat Untuk Chini Tercinta...


Wednesday, January 22, 2014

Apa Yang Menarik Kat Chini ( Kucing Untuk Di Beri "Adopt" )




Comel kan kucing kat atas tu... Kucing ni amat sesuai untuk dipindah hak milik kepada orang lain.. keutamaan diberikan kepada peminat tegar kucing.. biodata kucing ni seperti yang berikut:


1.  Anak kepada seekor ibu baka biasa tetapi telah berkahwin (ehem2) dengan kucing baka siam.
2.  Anak keberapa daripada 4 beradik
3.  Dia yang paling comel dan berbulu lebat
4.  Lincah bermain dan pandai "menikus".
5.  Pandai makan sendiri dan kurang bergantung kepada susu ibunya, makannya seperti nasi digaulkan dengan ikan dan friskies.
6.  Tidak memilih tuan da pandai bergaul..
7.  yang paling penting, boleh belajar bercakap tetapi dalam bahasa kucing sahaja..hehe

Kalau ada yang berminat, boleh lah inform kat saya...yang sebenarnya ni bukan kusing saya pon.. Ni kucing kawan.. Die memang nak kasi kat orang lain pun kucing ni kalau ada yang berminat.. Sebabnya dia dah ada berlambak kucing kat rumah tu.. Peliharalah kucing kerana ianya antara haiwan kesayangan Junjungan Besar Nabi kita...


Apa Yang Menarik Kat Chini ( Satay Bro Naim )




Duk pi jalan jalan naik moto kat kawasan Chini, Pekan Pahang Darul Makmur ni.. tertengok la plak kedai satay ni.... Dulu dia ni beniaga kat depan D'mart Dara je, pastu dia pindah niaga kat area tempat gelanggang tenis.. Almaklumlah, dah ada tapak niaga yang telah dikhaskan... tempat ni lebih strategik dan lebih mendapat tumpuan penduduk kat area chini ni.. Bukan nak sembang la, satay dia memang sedap dan besaq besaq kalau orang kedah kata.. Puas hati gak la makan... Dia ni ada jual satay daging, satay ayam, n satay kerang dan lagi satu nasi impit... 

Tapi dalam kita nak makan satay, kita kena pilih jugak samada kuah kacang yang disediakan sedap mahupun tak. Kalau satay je yang sedap, memang tak jadi la.. Kuah kacang yang bro naim ni, rasa lemak2 pun ada, kacang 2 aq rse die tumbuk dan bukan blender sebabnya kacang dia agak kasar dan boleh dikunyah.. Agak terasa kacangnya la bile makan. Orang putih selalu cakap, It is complete set to eat the real satay.. haha.. Kalau tak percaya, hampa buleh p try.. Kalau nak tau loksi lebih lanjut, buleh tanya aku..


Thursday, June 13, 2013

CONCEPT PLAN

Dalam aspek perancangan kawasan baru, antara aspek yang paling penting adalah dengan menyedikan pelan konsep atau lebih dikenali sebagai concept plan. Pelan konsep ini hanya diketahui oleh mereka yang terlibat dalam aktiviti perancangan sahaja. Untuk mengetahui ilmu mengenai pelan konsep ini, mereka boleh melibatkan diri dalam ilmu perancangan. Untuk mendapatkan ilmu perancangan secara formal, mereka boleh mengambil kursus yang ditawarkan di IPTA ataupun IPTS.

Jadi ini antara contoh yang boleh digunakan sebagai pelan konsep adalah seperti berikut..


CALL FREE..HEHE

Sekarang ni terdapat banyak software yang dikeluarkan oleh kebanyakan syarikat untuk memastikan kepuasan pengguna bagi medapatkan sesuatu secara percuma. Antara software yang dikeluarkan oleh kebnyakan syarikat adalah seperti viber, line, dan yang paling terbaru adalah kakaoTalk. bagi aku, kakaotalk akan menjadi pilihan utama untuk digunakan oleh kebanyakan orang kerana meraka menggunakan duta seperti Yuna dan kumpulan korea iaitu Big Bang. Siapa yang minat K-Pop kompem akan menggunakan aplikasi KakaoTalk..hehe

ini antara gambar software yang paling tinggi pengguna di malaysia.....





Monday, February 4, 2013

Why is corruption bad for the society and how curbing corruption can help in promoting sustainable..:)



As we all know, there are many bad effect on community about the problem of corruption. Among the adverse effects of the first is raised cost of people's needs. For the high income group, they do not feel the increase in prices, but this effect can be felt by those on low incomes. This low-income group will suffer as the cost of living is rising every day. In addition, the second effect is going to hinder the country's development undertaken is committed by the government and private sectors. Furthermore, also feel the impact of corruption is from the education, health, and trade. Infrastructure and utilities such as roads, sewers, and irrigation and drainage and utilities sector will be affected from corrupt practices carried out. In addition, the community will also wither and fade.

To curb corruption and it can help promote sustainable development from the perspective of human Islam is going to feel the love of Allah and are afraid to commit corruption. Apart from that, they will not corrupt because they have taqwa in discharging duties entrusted by Allah to human to take care of the earth relative security. Humans who practice taqwa, they will be generous with their wealth and be able to hinder themselves from committing vile acts that can upset them into error. Furthermore, by curbing corruption, we can choose a leader who truly deserves to lead all beings on this earth. Therefore, they will perform all the tasks entrusted to them and maintain the trust that was given to them by the people. In addition, with the refrain from corruption through the approach of Islam, one of the lead will have a high iman and reign on this earth is at the best level.


Wednesday, January 23, 2013

10 FAKTA MENARIK TENTANG HAIWAN


1. Seekor tiram boleh bertukar jantina dan bergantung kepada mood tiram tu sendiri.


2. Badak mampu untuk mengangkat 850 kali berat badannya sendiri dan mampu untuk berlari laju.


3. Mengikut kajian yang telah dilakukan, seekor cacing mempunyai lapan jantung dalam badannya.


4. Secara faktanya, lembu adalah haiwan yang buta warna. Tetapi kenapa kita cakap yang lembu akan naik minyak kalau nampak warna merah????


5. Nyamuk betina boleh hidup sehingga mencecah 100 hari. Tetapi nyamuk jantan hanya mampu hidup selama 10 hingga 20 hari sahaja. Kesian nyamuk jantan :(


6. Semasa dilahirkan, anak seekor panda adalah lebih kecil daripada seekor tikus. Beratnya hanya 113 gram sahaja.


7. Ikan paus di lautan mampu berenang selama tiga bulan tanpa makan. Tapi tak kurus2 


8. Rama rama boleh mengesan bau yang berada 11 kilometer jauh daripadanya dan deria baunya tentunya lebih hebat dari manusia


9. Unta mempunyai tiga lapisan kelopak mata. Ini bagi melindungi matanya semasa berada di kawasan padang pasir


10. Kalau kita sembur racun ke arah semut, serangga tu mesti tumbang ke sebelah kiri. Cubalah kalau tak percaya :)


CORRUPTION OR "RASUAH"

MONEY2!!!!!


HERE2!!! SOME MORE MONEY...

Did you all know corruption occur because of money... let me share with you something about it..

Corruption happens in humans will raise cost items needs of the population. In addition, it will also prevent the development of a country committed to the experience of corruption. Corruption made ​​up of several dimensions: economic, social and environmental. Corruption put the poor will suffer as the cost of living are increasing every day. Most corruption occurs from the private sector attended the government sector. This problem will also cause problems in education, health, and trade. It also will result in problems of infrastructure and public services. The main issue with that will happen is the social aspect, the value in the community.

Allah states that all Muslims should embrace fairness in life and forbids corruption. All Muslims must follow the code of ethics of human behavior to carry on this earth. Corruption problem often occurs in political circles as investing into areas that can get a lot of financial activity as a result of the corruption of investing in genuine need of financial assistance for the developing world. Lunn view that all religions share the same message as "do to others what you not have done to you". Every relationship as man and God, man and man, man and the universe should be taken care of in order to guarantee a social justice, peace and harmony. Justice should be adopted regardless of race, color or belief. In the Qur'an Allah states that any election or appointment and whose house job performance based on their ability to perform the task. Therefore, Islam promotes the environmental balance, social harmony, peace and security.

In the teachings of Islam, the concept of accountability associated with the human task on earth which must reflect the values ​​and moral framework set out in Islam. Man is a "khalifah" on this earth and man should take care of all the acts committed against on earth's resources. Selection not trusts people to take care of this nature will upset the voters to betray Allah. All such aspects of compliance with the law and external monitoring is not required if all inheritors of the earth if they love and fear of God. Compliance of the work reflects the concept of “taqwa” which is a key concept in the teaching of the Quran. Therefore, we can conclude that compliance with the moral framework in Islam is a measure of accountability to Allah. With this, the moral will help us to ward off corruption.

“Iman” that applied within all human beings should be based on values ​​such as codes of ethics and morality. Islam has emphasized his followers to support justice and work for a society that is unethical and immoral. To strengthen this aspect, people should keep two important pillars of prayer and the practice of charity. This practice will prevent people from falling into practice in corruption. If God does not give power to the people to defend themselves against corruption, corruption will surely overwhelm the earth. Moreover, Islam encourages its followers to be fair, do good, fight against corruption and unjust nature of the scrape.

In Islam, it called on all Muslims to support the justice and sustainable development stage. In addition, the effect of corruption will also result in invention moral framework for development, undermining the principles of sustainable development and instability. Those who use the concept of faith in shaping the development will make the development is in the best condition. Thus it is important for Muslim FBOs to start the development of strategies to deal with causes and weaknesses and proactively involved at the international level to fight corruption. For the avoidance of corruption internationally, they should use the approach of Islam so that the symptoms can be halted. Therefore, sustainable development, poverty reduction and justice can be implemented.



Saturday, August 18, 2012

Boleh kew Modem Broadband Jadi WIFI???


Mestilah boleh..

1. Langkah pertama, Bahan bahan yang perlu ada;

 i. Broadband dan Laptop.. connect internet dulu yea..



kalau agak2 broadband dah slow, jangan cuba..kompem2 tak jadi..huhu

2. Step kedua;



klik kat line wifi or broadband, pastu klik Open Network and Sharing Center.

3. Langkah ketiga;



 pastu, klik kat set up wireless ad hoc (computer-to-computer) network;

4. Langkah keempat;


sampai sini, susah sikit..tekan next jew..:)

5. Langkah 5;

 
sampai kat step ni, korang kene la create sendiri Network Name 
dan Security Key; 

6. Langkah 6;



okey, sekarang wifi pon da shampir siap. Kalau korang tekan
 Turn on Internet Connection Sharing, WIFI dah pon siap.


 kalau korang lihat, wifi dah pon jadi. kalau ada  mane-mane
Pc yang nak internet, kasi la password yang korang create 2...

SELAMAT MENCUBA...:)


Friday, August 17, 2012

Pernah Tengok x NASI AMBENG...????


Kalau ada yang tak pernah tengok or lihat or see, ini la Nasi Ambeng.. Kalau korang tengok dengan teliti, ad  

nasi putih;

kari ayam;

ikan masin;

serunding;

mihun goreng;

kacang goreng;

  
Semua jenis makanan ni akan diletakkan dalam satu dulang dan akan dimakan oleh 5 orang sahaja.

(kalau kaki 2 xde mungkin gambar 2 akan menjadi lebih menyelerakan aku rase)


Haaaa.... projek melantok (makan) pon bermula..YEHAAAA......!!!!!
 


Antara askar2 yang dapat melangsaikan apa yang diperkatakan sebagai "Nasi Ambeng"

(kalau tadi aku cakap hidangan untuk 5 orang, ni 4 je kan....inilah ASKAR MAKAN..huhu)


Then, inilah yang akan terjadi kalau sedap sangat nasi ambeng tu....Mantoppp!!!



Ni antara hidangan nasi ambeng yang lain. ianya bergantung kepada cara orang 2 nak jamu kita yang tahu datang nak makan jew...

mase ni ade;

nasi putih;

bihun goreng;

ikan masin;

dan kari ayam;


 Bagi aku la, walau macam mana pun cara nasi ambeng itu dihidangkan, ianya akan menjadi enak kerana kita akan makan secara beramai ramai dan berkongsi. Selain itu, kita juga dapat mengamalkan Sunnah Nabi..Dapat pahale ape. 2 la, bukan susah pun nak buwat pahale kann..huhu





Jaga2!!! Hadis Palsu Yang Telah Dikenalpasti Mengenai Fadhilat Solat Taraweh..




Kadang- kadang kita boleh tersilap tentang maklumat yang kita terima seperti yang selalu diperkatakan mengenai fadhilat atau pahala yang akan diterima apabila mengerjakan solat taraweh di bulan Ramadhan. Sekiranya kita berasa ragu-ragu mengenai sesuatu maklumat tersebut yang berkaitan dengan agama, kita haruslah merujuk kepada golongan yang lebih arif mengenainya supaya apa yang akan kita akan sentiasa berada di landasan yang benar.

Hadis hadis yang telah dikenalpasti palsu mengenai fadhilat solat taraweh;



Yang pertama;

Dikatakan bahawasanya pada malam pertama ramadhan, kepada mereka yang mengerjakan solat taraweh akan diampunkan segala dosanya sepertimana ia baru dilahirkan

Yang kedua;

Dikatakan apabila mengerjakan solat taraweh pada malam ke empat ramadham akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Yang ketiga;

Apabila mengejakan solat taraweh pada malam keenam ramadhan, Allah akan mengurniakan  pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Yang keempat;

Manakala pada malam ke tujuh ramadhan pula seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

Yang kelima;
 
Mengerjakan solat taraweh pada malam kelapan ramadhan pula, Allah akan mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

Yang ketujuh;

DInyatakan juga pada malam kesembilan ramadhan, Allah akan kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..

Apa yang saya kongsikan adalah daripada website Mufti
 Negeri Terengganu dan insyaaallah sumbernya boleh dipercayai.
 
Jadi, apa2 sahaja yang kita perolehi, perlulah kita untuk mengenalpasti sumbernya





Thursday, August 16, 2012

Resepi Tart Nenas Gebu


Nampak pon dah sedap kan..2 belum cube wat lagi...jom2..

HANYA 9 LANGKAH MUDAH DAN TANGKAS PLUS CEPAT UNTUK MENYEDIAKANNYA

Bahan-bahannya adalah;

1. Yang paling penting iaitu nenas;


kalau takde nenas memang tak jadi;

2. Telur ayam beberapa biji;


 harus dicuci terlebih dahulu sebelum menggunakannya;

3. Antara bahan terpenting juga, tepung gandum cap 1 Malaysia;


Ingat!!! cap 1 Malaysia jew

 4. Beberapa ratus duit ringgit malaysia (RM)

 wow!!! duit2..

5. Jari telunjuk;

6. Tunjuk kuih tart ni kat kedai ni;
 


7. Tunjuk kuih tart ni kat kedai tu;
 

8. Tunjuk kuih tart ni kat pasar tu;


9. Then, siap untuk dimakan..sesuai untuk juadah di hari lebaran..maaf zahir batin..